CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83|Reply: 0

Aksi Piala AFF Suzuki hantui Yu Lin

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RAKAMAN video aksi Malaysia ketika beraksi dalam  Piala AFF Suzuki, Disember lalu masih menghantui ketua pasukan Taiwan, Chen Yu Lin memikirkan betapa liat lawan mereka dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.\rMalam ini, pemain bek kiri itu akan memimpin rakan sepasukan turun ke Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan segala rasa gelisah ketika tekanan ke atas pelawat juga akan bertambah kuat dengan sorakan ribuan penyokong tuan rumah.\r\n\n\n\n\r  “Kami sepasukan ada menonton aksi perlawanan Malaysia di Piala Suzuki AFF dan ketika bertemu Hong Kong menerusi rakaman video. Antara pemain anda yang memberi kami perasaan bimbang adalah Norshahrul (Idlan Talaha). Kami dengar dia tercedera tapi ia tidak melegakan lagi kami,” kata Yu Lin ketika ditemui selepas sidang media mengenai perlawanan itu di Wisma FAM, semalam.\r\r\n\n\n\n\n “Saya berharap perlawanan esok akan menjadi perlawanan yang baik untuk pasukan memandangkan kami sudah melakukan persiapan sejak sekian lama dan membawa kemenangan sebelum bertemu Malaysia di laman sendiri nanti.”\rSementara itu, Victor Chou - pemain Taiwan yang bermain di Liga Sepanyol bersama kelab UD Salamanca untuk musim 2011/2012 sejak dua tahun lalu - berkata secara peribadi dia meletakkan sasaran tinggi  membantu pasukannya mencipta kemenangan di laman lawan.\r“Malaysia adalah pasukan bagus. Namun bagi saya tumpuan utama adalah untuk menumpaskan Malaysia. Kami yakin dan tahu bagaimana untuk menewaskan Malaysia,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046655 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list