View: 159|Reply: 0
|
Sukuk Global Wakala laris
[Copy link]
|
|
Bon Islam dilanggan pelabur antarabangsa RM27.6 bilion\rSUKUK atau bon Islam yang diterbitkan Malaysia terus mendapat sambutan daripada pelabur antarabangsa apabila terbitan terbaru kerajaan, Sukuk Global Wakala menerima langganan mencecah AS$9 bilion (RM27.6 bilion) atau 4.5 kali ganda lebih tinggi daripada AS$2 bilion (RM6.14 bilion) yang ditawarkan.\r\n\n\n\n\r Kadar hasil ditetapkan bagi sukuk itu juga adalah yang paling rendah bagi sukuk dalam dolar Amerika Syarikat (AS) baru yang diterbitkan oleh sesebuah negara ASEAN sejak enam tahun lalu, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kekukuhan ekonomi negara ini.\r\r\n\n\n\n\n “Kejayaan penetapan harga (kadar hasil) Sukuk Global Wakala ini dalam persekitaran pasaran global tidak menentu dan mencabar, membuktikan asas ekonomi makro negara yang kukuh.\r“Ia juga mencerminkan keyakinan pelabur terhadap agenda transformasi kerajaan yang dipacu pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), kata Kementerian Kewangan dalam kenyataannya mengumumkan mengenai terbitan itu di Kuala Lumpur, semalam.\rSukuk yang diterbitkan menerusi sebuah syarikat tujuan khas milik penuh Kementerian Kewangan, dikenali sebagai Wakala Global Sukuk Bhd itu dibuat dalam dua bahagian.\rBahagian pertama bernilai AS1.2 bilion (RM3.68 bilion) dengan tempoh matang lima tahun ditetapkan pada kadar hasil 2.991 peratus, manakala bahagian kedua bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) dengan tempoh matang 10 tahun ditetapkan kadar hasilnya pada 4.646 peratus.\r\n\n\n\n\rIa mendapat penarafan kredit A- daripada Standard and Poor’s serta A3 daripada Moody’s, justeru menunjukkan kekukuhan kecairan luaran negara ini, kedudukan pelaburan luarnya yang kukuh, pasaran modal domestik yang meluas serta ekonominya yang pelbagai serta berdaya saing.\rKementerian Kewangan berkata, sukuk itu sudah diagihkan kepada kepada lebih 320 pelabur dari seluruh dunia dengan pengagihannya dibuat secara meluas yang mana 29 peratus adalah kepada pelabur Asia Barat, 27 peratus kepada pelabur tempatan, 22 peratus kepada pelabur negara Asia lain, 14 peratus kepada pelabur Eropah dan lapan peratus lagi kepada pelabur AS.\rSementara itu, Sukuk Global Wakala itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri kewangan Islam antarabangsa apabila ia turut mencatatkan sejarah penting dalam penerbitan sukuk global.\rKatanya, ia adalah sukuk pertama distruktur berasaskan prinsip Wakala yang meliputi komponen aset nyata iaitu sewaan dan saham berlandaskan Syariah serta komponen penerimaan Murabaha daripada jualan komoditi berlandaskan Syariah.\rIni sekali gus menjadikannya sebagai penanda aras baru dalam pasaran modal Islam.\rDi samping itu, itu ia juga muncul terbitan sukuk berdaulat dalam dolar AS pertama bagi 2011, terbitan sukuk berdaulat global dalam dolar AS dalam dua bahagian terbesar pernah diterbitkan, serta terbitan sukuk berdaulat global dalam dolar AS dengan tempoh matang 10 tahun pertama.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|