|
Vios edisi terbaru dijangka penyumbang terbesar peningkatan jumlah jualan tahun ini\rUMW Toyota Motor Sdn Bhd menyasarkan menjual sehingga 4,000 unit kereta hibrid tahun ini berbanding hanya 200 unit tahun lalu.\r\n\n\n\n\rPresidennya, Ismet Suki, berkata peningkatan 20 kali ganda itu susulan langkah kerajaan mengecualikan cukai import dan eksais bagi kereta jenis terbabit sehingga 31 Disember 2011 yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Oktober tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\nBerikutan itu, pihaknya berharap kerajaan melanjutkan tempoh pengecualian cukai bagi merancakkan pasaran kereta hibrid dan elektrik tempatan.\r“UMW Toyota berharap kerajaan dapat meneruskan inisiatif ini kerana ia akan menggalakkan pembangunan teknologi hijau sekali gus membantu mewujudkan industri automotif yang lebih mapan, terutama dalam konteks pengeluaran kereta mesra alam sejajar matlamat menjadikan Malaysia hab teknologi hijau,” katanya selepas memperkenalkan model Toyota Vios 1.5G Limited di Seri Kembangan, semalam.\rIsmet berkata, setakat Mei tahun ini, UMW Toyota sudah menjual 980 unit kereta hibrid yang mana 800 unit adalah model Prius, manakala 180 unit lagi Lexus CT200h.\r“Daripada jualan 4,000 unit yang disasarkan tahun ini, 2,500 unit dijangka disumbang model Prius sementara selebihnya Lexus CT200h,” katanya.\r\n\n\n\n\rBagi sasaran jualan keseluruhan kenderaan Toyota tahun ini, beliau berkata pihaknya terus mengekalkan sasaran asal 90,000 unit didorong jumlah kuantiti industri (TIV) yang kekal kukuh walaupun sektor automotif dunia terganggu susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun Mac lalu.\rKatanya, Vios yang menyumbang satu pertiga daripada jumlah keseluruhan jualan Toyota sebanyak 94,000 unit tahun lalu, dijangka menjadi penyumbang terbesar dengan sasaran 30,000 unit tahun ini.\r“Kami sudah menjual 12,000 unit Vios dan yakin mencapai sasaran 30,000 unit menerusi pengenalan Vios 1.5G Limited ini,” katanya.\rSementara itu, Vios 1.5G Limited yang disasarkan untuk golongan muda ditawarkan pada harga atas jalan termasuk insurans bermula RM89,600 seunit.\rDidatangkan dengan warna pilihan Silver Metallic, Coal Black, White, Medium Silver Metallic dan warna baru Deep Amethyst Mica Metallic, ia menampilkan bahagian depan lebih menarik dengan gril baru dan aerokit yang direka khas.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|