CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

MIGHT pikat pelabur biomas

[Copy link]
Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUMPULAN Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) menyasarkan menarik sehingga enam pelabur luar selepas selesainya proses transformasinya ke peringkat antarabangsa menjelang November ini.\rPresiden dan Ketua Eksekutifnya, Mohd Yusoff Sulaiman berkata, semua pelabur itu adalah di kalangan peserta industri biomas antarabangsa yang sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan kerajaan bagi meminta Malaysia menyediakan bekalan biomas di pasaran.\r\n\n\n\n\r  “Ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) Mei lalu, beliau bertemu dengan beberapa syarikat biomas yang mahu datang ke Malaysia tetapi berdepan masalah memperoleh bekalan biomas di negara ini.\r\r\n\n\n\n\n  “MIGHT diberikan tempoh enam bulan   menyediakan platform itu, jadi kami menubuhkan syarikat usaha sama   dengan syarikat perladangan bagi membawa bekalan biomas ke pasaran dan  syarikat ini   bersedia meraih kontrak bermula Oktober ini,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan di Kuala Lumpur, semalam.\rMohd Yusoff berkata, sebagai permulaan syarikat bioteknologi antarabangsa itu akan menguji produk biomas keluaran tempatan selama 12 bulan bagi memastikan kesesuaiannya menghasilkan pelbagai produk tambah nilai yang tinggi di pasaran antarabangsa seperti gula dan bahan biokimia.\rKatanya, jika sesuai, syarikat terbabit akan memuktamadkan pelaburan bagi menghasilkannya secara besar-besaran dengan membuka kilang pengeluaran berskala besar di negara ini.\rSementara itu, beliau berkata, program transformasi MIGHT ke peringkat antarabangsa adalah usaha menjadikan syarikat sebagai platform kepada rangkaian global bagi membantu kerajaan dan industri meningkatkan taraf ekonomi dan menarik lebih ramai pelabur luar.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.363542 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list