CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87|Reply: 0

Taliban bebas wartawan Perancis

[Copy link]
Post time 1-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Stephane Taponier, Herve Ghesquiere nafi dipukul, dilayan dengan buruk\rPARIS: Dua wartawan Perancis yang ditawan di Afghanistan sejak Disember 2009, Stephane Taponier dan Herve Ghesquiere, dibebaskan kelmarin dalam keadaan sihat.\r\n\n\n\nTaponier dan Ghesquiere yang ditahan selama 547 hari, dibebaskan bersama penterjemah mereka, Reza Din, kata pihak berkuasa.\r\rDua lagi warga Afghanistan yang ditahan bersama mereka dibebaskan lebih awal, namun tiada apa diperkatakan bagi memastikan rundingan berada di landasan betul, kata Menteri Luar Perancis, Alain Juppe.\r\n\n\n\n\n\rMereka juga menolak sebarang dakwaan bahawa mereka dipukul atau dilayan dengan buruk oleh Taliban tetapi mengakui keadaan hidup sukar sepanjang penahanan.\rWartawan yang baru dibebaskan itu tiba di Perancis semalam di lapangan terbang tentera Vilacoublay di luar ibu kota ini.\rGhesquiere, 47, dan Taponier, 46, diculik bersama tiga rakan mereka yang juga warga Afghanistan ketika mahu mencari berita berhubung pembinaan semula sebuah jalan di timur Kabul.\rMereka mulanya ditempatkan bersama tentera Perancis di Afghanistan, namun membuat keputusan berpecah untuk membuat laporan sendiri apabila ditawan.\rPresiden Nicolas Sarkozy mengucapkan terima kasih ‘kepada semua orang yang mengambil bahagian dalam membebaskan tebusan’ dan memuji Presiden Afghanistan, Hamid Karzai atas pengurusan situasi  tebusan berkenaan tetapi tidak memberi penjelasan lanjut.\rPegawai Perancis menegaskan tiada wang tebusan diberi sebagai tukaran pembebasan mereka.\rPerdana Menteri Perancis, Francois Fillon turut mengucapkan terima kasih ‘kepada lelaki dan wanita yang bekerja untuk pembebasan ini yang biasanya tidak diketahui identiti mereka dan mengambil banyak risiko.’\rKetua pertubuhan Reporters Without Borders, Jean-Francois Julliard, yang berada di Afghanistan beberapa hari lalu memberitahu stesen televisyen BFM-TV bahawa Karzai membebaskan sesetengah tawanan bagi memenuhi sebahagian tuntutan Taliban. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050682 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list