CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78|Reply: 0

Susilo lantik adik ipar panglima tentera

[Copy link]
Post time 1-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, semalam melantik adik iparnya Leftenen Jeneral Pramono Edhie Wibowo, 56, sebagai panglima angkatan tentera yang baru.\rPelantikan Pramono, pemimpin tentera yang didakwa terbabit dalam penderaan di Timur Timor (sekarang Timur Leste) pada 1999, menyemarakkan spekulasi bahawa Yudhoyono sedang ‘mendidik’ adik iparnya untuk menjadi presiden baru Indonesia.\r\n\n\n\n\rAkhbar Jakarta Post melaporkan, Wibowo yang mendapat pendidikan di akademi tentera pada 1980, mengetuai pasukan khas Kopassus pada 1999, pernah menjadi pembantu kepada bekas Presiden, Megawati Sukarnoputri.\r\r\n\n\n\n\nPegawai yang tidak mahu dikenali berkata, Wibowo dipilih atas sokongan sebuah jawatankuasa tenteri peringkat tinggi, tetapi aktivis mempersoalkan pembabitan beliau dalam penderaan di Timur Timor ketika pengundian untuk kemerdekaan pada 1999.\r“Kita tidak pasti sejauh mana pembabitan beliau dan tindakan kekerasan tentera di Timur Timor, tetapi pelantikan beliau menunjukkan wujudnya amalan nepotisme kerana beliau adalah adik ipar Presiden. Nampaknya Presiden sedang menyiapkan beliau untuk meneruskan pemerintahan keluarga,” kata anggota Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan, Haris Azhar. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.512748 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list