|
Indeks cecah 1,579.07 mata ekoran peningkatan kaunter berwajaran tinggi\rINDEKS FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI ditutup semalam pada paras bersejarah 1,579.07 dengan kebanyakan kaunter berwajaran tinggi mencatatkan peningkatan berikutan pembelian yang kukuh di tengah-tengah aktiviti hiasan luar dan peningkatan harga komoditi.\r\n\n\n\n\r Bagaimana pun, pasaran secara keseluruhannya dicatatkan bercampur-campur apabila para pelabur terus kekal berhati-hati berikutan kebimbangan berterusan mengenai masalah hutang Greece.\r\r\n\n\n\n\n Pengukur pasaran itu dibuka turun 3.34 mata kepada 1,571.67 dan mencatatkan paras terendah 1,570.69 sebelum meningkat kepada 1,579.07 pada jam 5.00 petang, yang meningkat 4.06 mata berbanding paras 1,575.01 semasa ditutup kelmarin. \rParas paling tinggi terdahulu ialah 1,576.95, yang dicapai pada 6 Jan.\rWalau pun FBM KLCI mencatatkan paras tertinggi baru, Ketua Penyelidik Jupiter Securities Research Pong Teng Siew, berkata kenaikan itu tidak disifatkan sebagai peningkatan mutlak.\r“Ia bukan besar. Tambahan pula, kenaikan itu tidak agresif, ” katanya.\r\n\n\n\n\rIndeks Kewangan melonjak 38.98 mata kepada 14,880.44, Indeks Perladangan meningkat 19.03 mata kepada 7,848.58 dan Indeks Perusahaan meningkat 1.29 mata kepada 2,826.82.\rIndeks FBM Emas meningkat 35.97 mata kepada 10,842.25, Indeks FBM Ace naik 0.28 mata kepada 4,198.18 dan FBMT100 menokok 36.37 mata kepada 10,613.04.\rKaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 399 kepada 325 manakala 329 kaunter ditutup tidak berubah, 414 tidak diniagakan dan 22 digantung.\rKeseluruhan dagangan merosot kepada 947.614 juta saham bernilai RM1.814 bilion daripada 1.044 bilion saham bernilai RM1.796 bilion kelmarin. \rAntara saham aktif, Compugates, The Media Shoppe dan Time Engineering tidak berubah masing-masing pada harga 6.5 sen, 12.5 sen dan 45 sen manakala KBB turun 0.5 sen kepada 46 sen dan Time DotCom menokok 4.0 sen kepada 74 sen. \rPemberi pinjaman terbesar, Maybank dan syarikat utama kuasa, Tenaga merosot 1.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM8.94 dan RM6.77 manakala Petronas Chemicals menokok 3.0 sen kepada RM7.09. \rKumpulan perbankan kedua terbesar, CIMB rugi 2.0 sen kepada RM8.93 dan syarikat perladangan, Sime Darby turun 4.0 sen kepada RM9.23. \rJumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 776.954 juta saham bernilai RM1.787 bilion daripada 866.116 juta saham bernilai RM1.764 bilion kelmarin.\rPerolehan di Pasaran ACE merosot kepada 124.136 juta unit bernilai RM19.604 juta daripada 23.488 juta unit bernilai RM23.488 juta. Waran merosot kepada 45.111 juta unit bernilai RM6.922 juta daripada 47.036 juta unit bernilai RM7.415 juta.\rProduk pengguna mencatatkan 89.983 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 112.320 juta, pembinaan 46.308 juta, dagang dan perkhidmatan 288.227 juta, teknologi 8.687 juta, prasarana 23.510 juta, kewangan 78.951 juta, hotel 213,700, hartanah 99.474 juta, perladangan 25.130 juta, perlombongan 21,000, REIT 4.026 juta dan tertutup/dana 100,400. - BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|