CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Sharbinee tidak rela gawang bolos lagi

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RASA perit melepaskan satu gol yang menceriakan Taiwan, Rabu lalu masih menghantui minda penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli dan dia tidak mahu mengulangi derita sama.\rPenjaga gol kebangsaan itu sebaliknya bertekad untuk memastikan gawang Harimau Malaya lebih kental agar  barisan didik Datuk K Rajagobal akan pulang membawa kemenangan dalam perlawanan kedua, pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di gelanggang lawan, esok.\r\n\n\n\n\r  “Pada saya kami sudah melakukan yang termampu dalam perlawanan pertama tetapi ada yang perlu diperkemaskan lagi sebelum bertemu Taiwan Ahad ini (esok).\r\r\n\n\n\n\n  “Namun sebagai penjaga gol, secara peribadi saya masih belum berpuas hati kerana melepaskan satu gol dan saya akan perbaiki dan melakukan yang terbaik,” katanya yang juga penjaga gol Terengganu itu.\rSharbinee yang diberi kepercayaan oleh Rajagobal selepas kecederaan yang menimpa penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat, tidak rela pintu gol dikawalnya terbolos lagi dengan jaringan gol lawan seperti mana dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.\rSharbinee juga optimis bekalan tipis satu jaringan dibawa ke Taiwan akan dapat membuahkan kemenangan sekali gus menempah tiket ke pusingan kedua.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.099537 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list