CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Juliana gigih bantu mangsa tsunami

[Copy link]
Post time 3-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HATINYA terguris apabila melihat keadaan mangsa tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun Mac lalu dan sebagai insan biasa bergelar atlit, Nor Juliana Ali berasa terpanggil untuk membantu mengumpul dana dengan caranya tersendiri.\rJusteru, tuan empunya diri yang bergiat aktif dalam sukan triatlon dan duatlon peringkat tempatan dan antarabangsa itu menyertai larian 100 kilometer (km) Sundown Ultramarathon di Singapura minggu lalu dalam usaha mengumpul dana bagi program amal ‘To Japan With Love’ bersama Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) bagi membantu mangsa di negara matahari terbit itu.\r\n\n\n\n\r    Baginya, inilah cara yang boleh dilakukan sebagai seorang atlit untuk membantu dan mengajak masyarakat beramal dan pada masa sama, menjalankan aktiviti berfaedah yang mampu menyihatkan tubuh badan.\r\r\n\n\n\n\n    “Selepas bencana itu melanda, saya terfikir bagaimana cara terbaik untuk membantu mangsa dan akhirnya mengambil keputusan menyertai program larian ini sebagai landasan melakukan misi kemanusiaan seperti ini.\r“Ini bukan tugas saya seorang, saya hanya pemangkin kepada larian amal ini dan pada masa sama, kita menghulurkan bantuan. Apa yang penting ialah kita sebagai masyarakat dapat membantu insan yang dalam kesusahan,” katanya yang berjaya mengumpul RM20,000 bersama PBSM dalam larian itu.\rBagi anak gadis 29 tahun itu, jumlah dana itu masih terlalu kecil dan mengharapkan lebih banyak pihak dapat memberi sumbangan selewat-lewatnya 9 Julai ini sebelum jumlah terkumpul boleh diserahkan kepada badan berwajib.\r“Kalau masih ada yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, ia masih terbuka dan boleh melayari laman web www.tojapanwithlove.sports.my untuk membuat sumbangan secara talian,” katanya yang mencatat 17 jam dan 25 minit untuk menyempurnakan larian amal sejauh 100km itu.\r\n\n\n\n\rDitanya punca tercetus semangat untuk menyempurnakan larian itu, Juliana berkata, latihan mencukupi dan keazaman perlu ada bagi mengatasi keupayaan diri.\r“Di Malaysia, sukan ini masih baru dan ada juga orang kurang upaya yang turut menyertai acara ini. Pada saya, ia memerlukan latihan dan bermula daripada satu peringkat ke satu peringkat sebelum dapat mencapai ke tahap yang lebih ekstrim seperti ini (100km),” katanya yang bermula dengan larian di peringkat sekolah rendah.\rAnak sulung daripada empat adik beradik ini mula bergiat aktif dengan triatlon pada 2006 dengan pencapaian tertinggi ialah di kejohanan Ironman Langkawi 2009.\rINFO\rNama              : Nor Juliana Ali \rTarikh lahir      : 3 Ogos 1982 \rAsal                : Ampang, Kuala Lumpur \rAdik beradik   : Sulung daripada empat beradik \rPendidikan     : Ijazah Sarjana Sains Kemanusiaan (Psikologi) \rPencapaian\rSabah Adventure Challenge (April 2011) - tempat keempat kategori terbuka wanita \rSundown Ultra Marathon ( Jun 2011) - mencatat 17 jam 25 minit bagi larian 100 kilometer (KM) di Singapura\rTriatlon Antarabangsa Port Dickson (2010) - menyempurnakan 1.5km renang, 40km berbasikal dan 10km larian\rTriatlon Jarak Jauh Antarabangsa (2010) Desaru - menyempurnakan 2km renang, 90km berbasikal dan 21km larian\rKejohanan Ironman Langkawi - 3.8km renang, 180km berbasikal, 42km larian\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.237710 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list