View: 115|Reply: 0
|
Kvitova gah julang mahkota Wimbledon Kvitova
[Copy link]
|
|
Kejutkan Sharapova dalam perlawanan akhir\rLONDON: Petra Kvitova mengejutkan pemain pilihan Maria Sharapova untuk memenangi kejuaraan Grand Slam pertama dalam kariernya selepas kemenangan 6-3, 6-4 dalam perlawanan akhir wanita di Wimbledon, malam tadi.\r\n\n\n\n\r Pemain pilihan kelapan berusia 21 tahun itu menjadi pemain wanita Republik Czech ketiga berjaya menjulang Wimbledon selepas juara sembilan kali Martina Navratilova dan Jana Novotna, yang turut hadir menyaksikan kejayaan itu di tempat duduk Diraja di gelanggang tengah.\r\r\n\n\n\n\n Kvitova yang tidak pernah melangkah ke final Grand Slam sebelum ini, tertunduk di atas gelanggang sebaik menamatkan permainan ke-10 di set kedua dengan pukulan servis ace pertama dan terakhir dalam perlawanan itu.\rNamun ia keputusan mengecewakan buat Sharapova, pilihan kelima dari Russia yang juga juara 2004 selepas dilihat berpeluang cerah untuk menjulang mahkota Grand Slam keempat dalam kariernya.\rSharapova akhirnya dihukum kerana gagal mengekalkan rentak sepanjang permainan hingga membolehkan Kvitova merebut peluangnya walaupun masing-masing bermula dengan gugup dan terlepas mata servis di awal permainan.\r“Sukar untuk mencari kata-kata yang sesuai, melihat bekas pemain handalan di tempat duduk. Memang hebat apabila melihat mereka menyaksikan permainan saya dan memberi sokongan sepanjang masa,” kata Kvitova.\r\n\n\n\n\rSharapova yang dilihat masih goyah walaupun menundukkan Sabine Lisicski di separuh akhir hanya mampu berkata: “Memang menarik dapat kembali ke peringkat ini dan menjulang trofi naib juara tetapi saya mahukan yang lebih besar hari ini.” – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|