|
Colombia ambil kesempatan kepincangan 10 pemain lawan\rJUJUY: Penyerang, Adrian Ramos memberikan Colombia kemenangan 1-0 ke atas Costa Rica yang bermain dengan 10 orang untuk meletakkan mereka di tangga teratas Kumpulan A selepas mengharungi perlawanan pertama mereka di kejohanan Copa America kelmarin.\r\n\n\n\n\rRamos melepasi pe-rangkap ofsaid untuk mengejar hantaran terus oleh pemain sayap, Fredy Guarin dan kemudian menggelecek penjaga gol, Leonel Moreira bagi meletakkan Colombia di depan sejurus sebelum separuh masa.\r\r\n\n\n\n\nCosta Rica terpaksa bermain 10 orang selepas 27 minit apabila penye-rang, Randall Brenes terus dilayangkan kad merah kerana terjahan berbahaya terhadap pertahanan Colombia, Luis Perea. \rColombia mendahului kumpulan dengan tiga mata di depan tuan rumah, Argentina dan Bolivia yang berkongsi mata selepas mereka seri 1-1 Jumaat lalu pada aksi pembukaan kejohanan di La Plata. \r\"Perkara paling penting ialah bermula de-ngan kemenangan dan itu yang kami lakukan,\" Ramos memberitahu wartawan.\rColombia yang berdepan Argentina Rabu ini di Santa Fe, mendominasi selepas aksi permulaan cemerlang yang ditunjukkan oleh Costa Rica tetapi hantaran mereka kurang kemas dalam perlawanan yang lebih banyak berlegar di kawasan tengah.\r\n\n\n\n\rMereka memperoleh peluang pertama pada minit ke-12 apabila Radamel Falcao menanduk hantaran lintang yang kemudian dirembat kencang oleh Guarin, namun Moreira berjaya menepis keluar untuk sepakan sudut.\rUsaha mereka menjadi lebih mudah apabila Brenes, seorang daripada pemain paling berpengalaman dalam skuad muda Costa Rica, dibuang padang dan Ramos memanfaatkan kelebihan itu dengan menjaringkan gol sejurus sebelum rehat perlawanan. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|