View: 121|Reply: 0
|
Pro & Kontra: Program larian mampu lahir atlit terkenal
[Copy link]
|
|
SAYA cukup teruja apabila menyaksikan majlis pelancaran Larian Serentak program 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan yang sekali gus mencatat rekod Malaysian Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar.\rSeramai 4.1 juta pelajar daripada 2,271 buah sekolah menengah dan 7,709 sekolah rendah seluruh negara terbabit dalam program yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Dataran Perbandaran Taiping, Sabtu lalu yang sekali gus menjadi titik permulaan ke arah melahirkan lebih ramai atlit yang berkemampuan menggalas nama negara di pentas antarabangsa.\r\n\n\n\n\r Larian terbesar yang pernah direkodkan MBR sebelum ini ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada 2000 dengan penyertaan 2.3 juta peserta.\r\r\n\n\n\n\n Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan 15 buah Kolej Matrikulasi di seluruh negara.\rPada majlis pelancaran yang turut disertai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran melepaskan kira-kira 16,000 peserta daripada 13 buah sekolah menengah dan 18 sekolah rendah sekitar Taiping.\rSelain larian, acara lain seperti senamrobik, pertandingan sepak raga, futsal, bola jaring, tenis, bola tampar serta ‘wall climbing’ turut diadakan di sekitar Taman Tasik Taiping.\rLarian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah, selain mempertingkatkan kesedaran masyarakat betapa pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|