View: 163|Reply: 0
|
Masalah teknikal hambat Zulfahmi
[Copy link]
|
|
NASIB tidak menyebelahi penunggang sensasi negara, Zulfahmi Khairuddin (atas) yang terlepas peluang mengutip mata pada saingan akhir kelas 125cc perlumbaan MotoGP Grand Prix Itali di litar Mugello, kelmarin akibat masalah teknikal jentera ditunggangnya.\rSekalipun menampilkan aksi kebangkitan menakjubkan apabila dia melonjak tujuh kedudukan daripada 25, pelumba AirAsia-SIC-Ajo itu terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan 20 pusingan itu di tempat ke-18.\r\n\n\n\n\r “Saya memulakan perlumbaan dengan baik dan sudah berada di kedudukan ke-13 pada pusingan pertama tetapi sebelum memasuki pusingan kedua saya mengalami masalah menukar gear pada gear ketiga saya,” kata Zulfahmi yang merakam catatan 2 minit 3.375 saat pada sesi kelayakan dalam keadaan litar basah Sabtu lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Ia masalah sama yang saya alami ketika sesi memanaskan badan pada pagi sebelum perlumbaan dan terpaksa menggunakan gear kedua,” katanya.\rPada perlumbaan akhir kategori 125cc yang dilangsungkan dalam cuaca panas kelmarin, Zulfahmi mencatat masa 40 minit 60.06s, ketinggalan seminit 8.245s di belakang juara, Nicolas Terol dari Sepanyol yang mewakili SPA Bankia Aspar Team. \rSelepas menamatkan pusingan kelapan siri kejuaraan MotoGP kelmarin, Zulfahmi yang sebelum ini menduduki tangga ke-17 jatuh satu anak tangga ke kedudukan ke-18 keseluruhan dengan himpunan 13 mata.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|