CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

RM25j naik taraf telefon awam

[Copy link]
Post time 5-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pernec, Katchi bekerjasama pasang kemudahan menerusi inovasi baru\rPERNEC PayPoint Sdn Bhd dengan kerjasama Katchi Group Sdn Bhd, akan melabur sehingga RM25 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menaik taraf dan diberi nafas baru kepada perkhidmatan telefon awam atau telefon berbayar. \r\n\n\n\n\r  Kerjasama itu membabitkan pemasangan pondok telefon Pernec Katchi City Mix yang dikategorikan sebagai inovasi baru dalam industri telefon berbayar.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Eksekutif Pernec, Tengku Asmaluddin Tengku Arshad, berkata pondok telefon City Mix memiliki panel iklan statik dan automasi selain dilengkapi isyarat Wi-Fi.\rKatanya, City Mix, dijangka menyumbang kira-kira 10 peratus kepada pendapatan syarikat menjelang tahun kewangan 2012.\r“Untuk suku keempat tahun kewangan berakhir Disember 2011, kami menjangkakan sumbangan sebanyak satu peratus kepada pendapatan menerusi City Mix,” katanya pada majlis pelancaran pondok telefon itu di Kuala Lumpur, semalam.\rMengulas mengenai pelaburan itu, Tengku Asmaluddin berkata, 1,000 pondok telefon City Mix akan dipasang pada tahun pertama diikuti 1,000 lagi untuk tahun kedua dan 1,500 lagi pada tahun ketiga di pelbagai lokasi di seluruh negara.\r\n\n\n\n\rPernec adalah pengeluar Helo Payphones dan anak syarikat kepada Pernec Corporation Bhd yang memiliki 40,000 pondok telefon di seluruh negara, dengan berpotensi besar untuk ditukar kepada pondok telefon City Mix.\rTengku Asmaluddin berkata, Malaysia hingga kini mencatatkan 12,000 pengguna telefon berbayar setiap bulan.\rDalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, perniagaan iklan pada City Mix dijangka menyumbangkan RM3 juta kepada pendapatan tahunan dengan kenaikan antara 20 hingga 30 peratus untuk tempoh tiga tahun itu.\r“Buat masa ini perniagaan telefon berbayar kami mencatatkan hasil sebanyak RM50 juta setiap tahun dan kami berharap untuk mengekalkan pencapaian ini untuk tiga tahun akan datang, berikutan saingan dalam bidang telekomunikasi semakin sengit,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.168564 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list