CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Anugerah Etisalat Edisi Ketiga

[Copy link]
Post time 5-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUMPULAN Lembaga Emiriah Arab Bersatu Buku Untuk Orang Muda (UAEBBY) mengalu-alukan penyertaan syarikat penerbitan dari Arab dan antarabangsa untuk bersaing bagi merebut Anugerah Etisalat Edisi Ketiga, Kesusasteraan Kanak-Kanak Bahasa Arab.\rAnugerah yang diperkenalkan Presiden UAEBBY, Shaikha Bodour Sultan Al Qasimi pada 2009 dengan sokongan Etisalat itu, bertujuan mendorong lebih banyak kesusasteraan membabitkan kanak-kanak diperkenalkan, selain memberi penghargaan kepada mereka yang terbabit dalam penerbitan sastera kanak-kanak di negara itu.\r\n\n\n\n\rShaikha Bodour berkata, beliau bangga dengan penganjuran anugerah berkenaan kerana ia secara tidak langsung berjaya menyumbang perubahan ketara bagi meningkatkan nilai kesusasteraan kanak-kanak di UAE dan negara Arab amnya.\r\r\n\n\n\n\n“Anugerah ini juga dapat mendorong kreativiti dan kecemerlangan di kalangan penerbit, pengarang dan pelukis ilustrasi sejak beberapa tahun lalu, selaink mempromosi sastera demi membangunkan kemahiran mental dan kognitif kanak-kanak.\r“Kami berharap lebih banyak penyertaan yang kreatif akan diterima bagi mencapai matlamat anugerah ini diwujudkan. Bukan setakat menghargai buku yang dihasilkan, namun ia lebih kepada usaha untuk menyokong mereka yang terbabit dalam bidang kesusasteraan,” katanya.\rHadiah Anugerah Etisalat Kesusasteraan Kanak-Kanak Bahasa Arab dipecahkan 50 peratus kepada kepada penerbit, manakala baki 50 peratus lagi dibahagikan antara penulis dan pelukis ilustrasi untuk membolehkan berlaku pengagehan sama rata dan adil.\rKali pertama anugerah berkenaan diwujudkan, ia dimenangi Penerbit Dar Al Hadeeq dari Lebanon dengan buku, Ana Oheb (Aku Cinta) karya Nabila Muhaidali dan ilustrasi, Nadeen Saidani, manakala pada tahun berikutnya, Al Noqta Al Sawda (Titik Hitam) diterbitkan Dar El Shorouk dari Mesir dan ditulis serta ilustrasi (Walid Taher).\r\n\n\n\n\rPeserta yang ingin merebut anugerah ini perlu mematuhi 14 syarat yang antaranya buku berkenaan ditulis dalam bahasa Arab dan sudah diterbitkan dalam tempoh tiga tahun lalu, selain ia perlu karya asli, namun jika juri mendapati ia diterjemahkan atau memetik karya seseorang, penyertaan dibatalkan.\rPenyertaan adalah terbuka kepada semua syarikat penerbitan dan diwajibkan menghantar tiga salinan, manakala tarikh tutup penyertaan ialah 31 Ogos dan keputusan pengadil adalah muktamad.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057330 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list