CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110|Reply: 0

Suami Hayek pernah skandal

[Copy link]
Post time 5-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LOS ANGELES: Dokumen mahkamah yang difailkan supermodel Linda Evangelista menunjukkan anak lelakinya, Augustin James, 4, adalah anak suami kepada aktres, Salma Hayek, Fran鏾is-Henri Pinault. \rHayek dan Pinault berkahwin pada 2009 serta berkasih sejak 2006, tahun sama Evangelista hamil. \r\n\n\n\n\r   Pinault mempunyai dua lagi anak, seorang anak lelaki dan perempuan, hasil perkahwinan terdahulu yang berakhir dengan perceraian pada 2004.\r\r\n\n\n\n\n   Kini Evangelista memfailkan satu petisyen menuntut wang saraan daripada ahli perniagaan Perancis berusia 49 tahun itu.\r“Dalam dokumen itu, ia mengatakan anaknya ‘dilahirkan secara luar nikah kepada  Linda Evangelista, 46, dan (Pinault) mengakui dakwaannya itu,” kata sumber yang mengetahuinya dengan dokumen itu kepada majalah People.\r“Dokumen mengatakan ‘sudah diputuskan’ bahawa Pinault adalah bapa kepada anak lelaki Evangelista, Augustin James,” katanya. \rTidak dapat dipastikan berapa banyak wang saraan yang akan dibayar Pinault untuk anaknya bersama Evangelista.\r\n\n\n\n\r“Ia terpulang kepada seorang majistret untuk menentukan bayaran sokongan, yang akan berterusan sehingga anaknya berusia 21 tahun,” kata sumber. “Pinault meminta untuk memberi keterangan menerusi telefon.”\rSementara itu, satu lagi sumber memberitahu People: “Ini bukan umpama kes Schwarzenegger. Tiada siapa berkahwin. Tiada kecurangan.”\rEmpayar barangan mewah keluarga Pinault dilaporkan bernilai AS$16 hingga AS$18 bilion (RM48 hingga RM54 bilion).  – Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.417189 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list