CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Bidang kritikal

[Copy link]
Post time 6-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
UniKL proaktif tingkatkan pengetahuan, kemahiran pelajar\rUNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL), menawarkan pelbagai program pengajian peringkat diploma dan ijazah menggunakan pendekatan pembelajaran secara praktikal, juga memberi peluang pelajar membuat latihan industri di luar negara.\r\n\n\n\n\r  Program ijazah teknologi kejuruteraan UniKL disusun bagi membolehkan pelajar pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kritikal bagi memacu ekonomi negara.\r\r\n\n\n\n\n  Presidennya, Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri, berkata pendekatan itu penting bagi membolehkan graduan lebih berdaya saing sekali gus melahirkan teknousahawan bertaraf global.\r“Kita sudah menubuhkan pusat keusahawanan yang melaksanakan program pembangunan dalam kalangan pelajar.  Berhadapan cabaran global, UniKL perlu lebih proaktif dalam melahirkan usahawan berjaya.\r“Kita sudah memulakan proses ini dengan menghantar pelajar menjalani latihan amali antaranya ke Kemboja, Indonesia dan Austria di Jerman,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rBeliau berkata, sekumpulan pelajar program teknologi maklumat (IT) UniKL baru kembali selepas menjalani latihan praktikal di Royal University of Agriculture Cambodia di Kemboja, selama 20 minggu.\r\n\n\n\n\rKatanya, hasilnya pelajar berkenaan berkemahiran membangunkan sistem IT di universiti berkenaan.  Pembangunan itu merangkumi sistem rekod pelajar, pengurusan perpustakaan dan laman web universiti.\r“Pengalaman ini memberi peluang mereka meninjau peluang perniagaan di sana,” katanya yang memilik Kemboja kerana yakin akan potensinya begitu luas dalam bidang IT,” katanya.\rBeliau berkata, UniKL juga cuba mendapatkan syarikat multinasional di Eropah untuk menerima pelajarnya melakukan latihan praktikal di sana.\rKatanya, satu syarikat di Geneva, Switzerland sudah bersetuju menerima pelajar UniKL untuk melakukan praktikal dalam bidang IT. \rSelain latihan praktikal, kata Abdul Hakim turut menyediakan program pertukaran pelajar yang melayakkan peserta mendapat pindahan kredit.\rTahun lalu, katanya, UniKL menghantar tujuh pelajar selama satu semester ke Politeknik Seni Yogjakarta bagi menjalani tugasan menghasilkan animasi pahlawan Indonesia Sinopati.\r“UniKL juga mempunyai program pertukaran pelajar dengan National University of Laos dan Universiti Hanyang, di Korea Selatan selain program pertukaran pelajar dengan beberapa universiti di China,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.061267 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list