|
Bantu pasukan julang Liga Super\"SAYA buru kedua-duanya - kejuaraan Liga Super dan kasut emas!\", itulah tekad penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (atas) menjelang pertemuan penting Liga Super menentang Sabah di Stadium Likas, malam ini.\n\n\n\n Selain mahu membantu Kelantan melakar sejarah mencatat nama selaku pasukan keenam menjuarai saingan liga berprestij yang diperkenalkan sejak lapan tahun lalu, Norshahrul atau lebih dikenali di kalangan peminat Kijang dengan panggilan ‘Mat Yo’ dan baru pulang daripada tugasan bersama skuad negara di Taiwan turut bersaing memburu kasut emas.\n\n\n\n\n Penyerang itu kini mendahului senarai sebagai penyerang berbisa Liga Super dengan mengumpul 16 gol berbanding penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya yang ketinggalan satu gol.“Jika saya menang kedua-duanya (Liga Super dan kasut emas) malam esok (malam ini), ia adalah ubat paling mujarab untuk mengubati kekecewaan tewas pada final Piala FA lalu. Saya yakin rakan sepasukan juga mengerti betapa penting perlawanan malam esok (malam ini) bagi menebus kekecewaan tewas kepada Terengganu di Bukit Jalil,” katanya.Dia yang tidak beraksi ketika Kelantan sekadar seri 0-0 dalam pertemuan menentang Sabah di Kota Bharu, berkata sebenarnya pasukannya berpeluang menang ketika perlawanan itu, tetapi beberapa deretan peluang gagal diterjemahkan ke dalam gawang.“Walaupun kami hanya memerlukan seri untuk mengesahkan kejuaraan, tetapi kami datang ke sini untuk menang. Jadi, apa yang penting adalah memburu gol awal. Jika ini dapat dilakukan, kami akan lebih yakin sekali gus mengurangkan tekanan tinggi yang disandarkan peminat kepada kami,” katanya.\n\n\n\n
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|