|
Enam Inisiatif Pembaharuan Strategik bantu kukuh pasaran tempatan\rHARGA kebanyakan saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras ketinggian baru.\r\n\n\n\n\r FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi 1,591.34, yang meningkat 9.49 mata, selepas dibuka meningkat 0.36 mata kepada 1,582.21.\r\r\n\n\n\n\n Peniaga berkata kebanyakan saham berwajaran tinggi mencatatkan peningkatan manakala pelabur melahirkan keyakinan terhadap ekonomi negara ini, melainkan UMW yang turun 4.0 sen kepada RM7.26 dan Gamuda rugi 1.0 sen kepada RM3.91 berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana. \rMereka berkata, pelabur mendapat galakan daripada berita ekonomi yang positif pengumuman enam Inisiatif Pembaharuan Strategik oleh kerajaan kelmarin untuk menaikkan daya saing Malaysia. \r“Kekuatan bursa tempatan sebahagiannya disebabkan prestasi ekonomi dan kemas kini Program Transformasi Ekonomi Malaysia yang menggalakkan yang membantu menyeimbangkan sesetengah kebimbangan mengenai ekonomi global,” kata seorang peniaga.\rPasaran tempatan dimulakan lembap, sejajar dengan bursa lain di rantau ini, sebagai tindak balas terhadap penurunan taraf penarafan bon kerajaan Portugis oleh Moody\'\'s Investors Service kepada status berkualiti rendah, kata HwangDBS Vickers Research.\r\n\n\n\n\rBagaimana pun, selepas dagangan selama 18 minit, pasaran mendapat semula kekuatan dan meneruskan prestasi menaik sepanjang hari ini, dengan sokongan pembelian saham berwajaran tinggi secara berterusan.\rIndeks Kewangan meningkat 107.12 mata kepada 14,992.82, Indeks Perladangan mencatat peningkatan 45.99 mata kepada 7,927.62 dan Indeks Perusahaan menokok 20.7 mata kepada 2,862.89.\rIndeks FBM Emas meningkat 67 mata kepada 10,923.63, Indeks FBM Ace meningkat 20.98 mata kepada 4,164.23 dan FBMT100 menokok 67.98 mata kepada 10,695.81.\rKaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 453 kepada 287 manakala 342 kaunter ditutup tidak berubah dan 396 yang lain tidak diniagakan.\rSejumlah 1.11 bilion saham bernilai RM2.15 bilion telah diniagakan berbanding dengan 728.65 juta saham bernilai RM1.463 bilion yang dicatatkan kelmarin. \rTime Engineering yang diniagakan secara aktif mencatat penurunan 3.5 sen kepada 16.5 sen, MSM-CA mencatat peningkatan 24 sen kepada 39 sen, KBB Resources menambah 2.0 sen kepada 50 sen, Compugates meningkat 0.5 sen kepada 6.5 sen dan BIMB-CA meningkat 6.0 sen kepada 45 sen. \rDi kaunter paling untung, United Plantation menokok 86 sen kepada RM21.16, Petronas Dagangan meningkat 84 sen kepada RM17.16, MSM Malaysia meningkat 47 sen kepada RM5.61, Nestle mencatat pening 34 sen kepada RM47.50 dan PPB Group menambah 28 sen kepada RM17.80. \rDi kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menokok 1.0 sen kepada RM8.95, CIMB meningkat 2.0 sen kepada RM8.89, Petronas Chemicals menokok 10 sen kepada RM7.19, Sime Darby tidak berubah pada harga RM9.20 sementara Axiata meningkat 3.0 sen kepada RM5.04. \rJumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 857.397 juta saham bernilai RM2.09 bilion daripada 597.18 juta saham bernilai RM1.44 bilion yang diniagakan kelmarin.\rPerolehan di Pasaran ACE turun kepada 77.99 juta unit bernilai RM12.18 juta daripada 96.36 juta unit bernilai RM16.21 juta yang dicatatkan sebelum ini.\rWaran meningkat kepada 175.99 juta saham bernilai RM48.14 juta daripada 34.44 juta saham bernilai RM6.49 juta yang dicatatkan pada kelmarin.\rProduk pengguna mencatatkan 69.93 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 122.68 juta, pembinaan 64.51 juta, dagang dan perkhidmatan 316.84 juta, teknologi 10.74 juta, prasarana 19.16 juta, kewangan 138.8 juta, hotel 230,500, hartanah 82.5 juta, perladangan 27.65 juta, perlombongan 41,100, REIT 4.19 juta dan tertutup/dana 110,600.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|