View: 223|Reply: 0
|
Harnizam catat sejarah berbasikal
[Copy link]
|
|
SUKAN berbasikal negara maju setapak lagi apabila jurulatih tempatan, Harnizam Basri yang kini bertugas sebagai pembantu kepada ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley, menamatkan kursus pertama daripada dua siri Program Pembangunan Jurulatih di Pusat Berbasikal Dunia (WCC), di Aigle, Switzerland.\r“Harnizam antara jurulatih tempatan yang berkeupayaan untuk pergi jauh dalam bidang ini,” kata Beasley yang selain membangunkan pelumba berbakat tempatan seperti Azizulhasni Awang, turut memberi penekanan melahirkan jurulatih profesional di negara ini.\r\n\n\n\n\r “Daripada keupayaan dan kesungguhannya, saya yakin dia mampu memegang jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan.” \r\r\n\n\n\n\n Sembilan jurulatih daripada lapan negara menamatkan kursus lapan minggu itu yang memberi tumpuan terhadap kejurulatihan acara trek dan lebuh raya manakala kursus kedua bagi jurulatih BMX dan basikal bukit dijadual berlangsung 5 September hingga 28 Oktober depan.\rProgram yang dilancarkan Januari tahun lalu itu bertujuan membangunkan kepakaran jurulatih dalam disiplin tertentu, sekali gus meningkatkan mutu kejurulatihan sukan berbasikal.\rTopik baru seperti kecergasan dan pemulihan, strategi atlit dan latihan di altitud tinggi. Beberapa pakar bidang tertentu seperti ujian makmal, analisa prestasi dan latihan prestasi tinggi, turut berkongsi pengetahuan turut diperkenal.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|