|
LONDON: Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy semalam memberitahu Luka Modric bahawa dia tidak akan dijual musim panas ini.\rModric mengambil penerbangan ke London dari Zagreb dan terus menuju ke White Hart Lane untuk mengadakan perbincangan dengan Levy mengenai hajatnya untuk berpindah dari kelab itu.\r\n\n\n\n\r Pemain Croatia itu mahu meninggalkan Tottenham untuk menyertai Chelsea yang meletak tawaran sebanyak 22 juta pound (RM105,938 juta) untuk mendapatkan Modric tetapi ditolak Levy bulan lalu.\r\r\n\n\n\n\n Levy kemudian berkata: “Saya menjelaskan kedudukan kami kepada Luka dan memberitahu kami tidak akan menjualnya. Dia faham kedudukan kami. Dia tidak akan dijual pada sebarang tawaran harga dan itu penamat soal ini. Kami tiada niat menjual pemain terbaik kami.” \rLevy merujuk kepada hakikat bahawa hanya dalam tempoh 12 bulan lalu, Modric dengan begitu gembira menandatangani kontrak enam tahun dengan tawaran gaji 40,000 pound (RM192,669) seminggu.\rMarah dengan cara Chelsea membuat tawaran dan yakin pemain itu ‘dipancing’ secara tidak sah, Levy sanggup menaikkan lagi gaji Modric jika pemain itu menunjukkan dedikasi terhadap kontraknya.\rPengerusi Spurs itu sedar andai dia menyokong dan membenarkan Modric meninggalkan kelab itu, ia memberi kesan buruk terhadap pemain seperti Gareth Bale dan penyokong setia Tottenham. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|