View: 191|Reply: 0
|
Kekalahan rahmat buat AS elak temu Jerman
[Copy link]
|
|
WOLFSBURG: Penyerang Amerika Syarikat (AS), Abby Wambach berkata, kekalahan mengejut 2-1 kepada Sweden dianggap satu rahmat kerana pasukan itu kini boleh mengelakkan pertembungan dengan juara bertahan, Jerman di suku akhir bola sepak Piala Dunia Wanita.\rSweden mengejutkan juara dua kali, AS dalam perlawanan terakhir Kumpulan C kelmarin, tetapi kedua-dua pasukan mara ke suku akhir dengan AS kini berdepan Brazil manakala Sweden menentang Australia.\r\n\n\n\n\rSweden lebih dulu di depan apabila pemain tengah, Lisa Dahlkvist menjaringkan penalti pada minit ke-15 sebelum melebarkan pendahuluan pada minit ke-35 menerusi sepakan percuma kapten, Nilla Fischer.\r\r\n\n\n\n\nAS merapatkan jurang apabila penyerang 31 tahun, Wambach menjaringkan gol pada minit ke-67 untuk skuad juara 1991 dan 1999 itu, tetapi tidak cukup buat mereka.\r\"Kami tetap gembira kerana layak ke suku akhir, walaupun sebenarnya lebih suka menamatkan saingan kumpulan di tangga teratas,\" kata Wambach yang kini menjaringkan 119 gol untuk negaranya. \r\"Jerman berada pada satu lagi undian, maka kami teruja dengan peluang ini.\"\rKeputusan itu meletakkan Sweden sebagai juara kumpulan selepas mencatatkan tiga kemenangan dan akan bertemu Australia di Augsburg Ahad ini, hari sama naib juara kumpulan, AS berdepan Brazil di\r\n\n\n\nDresden. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|