CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

Vettel dilihat kebal di GP British

[Copy link]
Post time 8-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Juara dunia mahu terus menang untuk tutup mulut pengkritikSILVERSTONE: Sebastian Vettel melakukan perkara terbaik buat dirinya menjelang Grand Prix British hujung minggu ini dengan terus merendah diri, menutup mulut dan berusaha melebarkan rekod pencapaiannya tahun ini iaitu menang, menang dan menang lagi.\rJuara dunia itu yang mencecah usia 24 tahun Ahad lalu, dijulang ekoran prestasi cemerlangnya setakat ini tetapi jarang sekali turut serta dalam perdebatan mengenai kedudukan dan prestasi pencapaiannya atau soal pencabarnya.\r\n\n\n\n\rTatkala perbualan berlarutan mengenai masa depan juara 2008 dari Britain, Lewis Hamilton, Vettel tidak mahu berkata apa-apa.\r\r\n\n\n\n\nMalah, dia juga tidak memberi sebarang komen terhadap kenyataan Hamilton mungkin menjadi rakan sepasukan barunya dalam pasukan juara, Red Bull itu.\rSelepas menang enam daripada lapan perlumbaan setakat ini dan menduduki tempat kedua dalam dua perlumbaan lain - satu rekod permulaan musim - pemandu muda Jerman itu tidak perlu bercakap apa-apa kerana kedudukan selaku pendahulu kejuaraan menceritakan segala-galanya.\rDengan himpunan 186 mata setakat ini, Vettel kini 77 mata di depan pencabar terdekat, Jenson Button yang memandu McLaren dan rakan sepasukannya di Red Bull dari Australia, Mark Webber, 34.\rBerdasarkan tahap prestasi ketika ini, Vettel mungkin merangkul kejuaraan dunia keduanya di Itali September ini, tatkala perlumbaan berbaki enam pusingan lagi. - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047330 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list