CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Bursa ditutup bercampur-campur

[Copy link]
Post time 8-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pasaran alami pembetul teknikal di tengah dagangan runcit bergiliranBURSA Malaysia ditutup bercampur-campur semalam berikutan aktiviti pengambilan untung walau pun mencatatkan paras tertinggi harian yang baru pada awal dagangan, kata penganalisis.\rPada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia (FBM) Composite Index turun 1.1 mata kepada 1,590.24.\r\n\n\n\n\r   Ia dibuka meningkat 2.31 mata kepada 1,594.13, yang   satu ketinggian baru.\r   Indeks itu mencecah rekod 1,595.87, yang meningkat 4.53 mata berikutan belian berterusan lapan minit kemudian. \r\n\n\n\n\n\rPenganalisis itu berkata, pasaran tidak dapat mengekalkan momentum positifnya apabila aktiviti pengambilan untung mulai menyerap masuk di kalangan saham berwajaran tinggi utama.\r“Pasaran mengalami pembetulan teknikal di tengah dagangan runcit bergiliran yang sihat di kalangan saham murah dan berwajaran tinggi,\" kata penganalisis itu.\rOSK Research berkata tinjauan teknikal jangka dekat pasaran akan kekal meningkat dengan kukuh.  \rKatanya paras psikologi 1,600 mata merupakan satu-satunya halangan yang masih ada yang boleh dikesan dari paras semasa.  \r“Lihatlah sokongan segera pada paras 1,579 mata diikuti dengan paras 1,577 dan 1,565,\" katanya dalam satu nota penyelidikan.\rIndeks Kewangan meningkat 34.699 mata kepada 15,027.52.\rIndeks Perladangan turun 13.91 mata kepada 7,913.71 dan Indeks Perusahaan turun 4.99 mata kepada 2,857.9.  \rIndeks FBM Emas rugi 3.48 mata kepada 10,920.15 dan FBMT100 rugi 5.25 mata kepada 10,690.56.\rIndeks FBM Ace menokok 2.44 mata kepada 4,166.67.\rKaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 368 kepada 355 manakala 355 kaunter ditutup tidak berubah dan 400 yang lain tidak diniagakan.\rJumlah dagangan meningkat kepada 1.27 bilion saham bernilai RM2.07 bilion daripada 1.11 bilion saham bernilai RM2.15 bilion kelmarin.\rMSM-CA yang diniagakan secara aktif meningkat 6.0 sen kepada 45 sen, Time Engineering menokok 2.0 sen kepada 18.5 sen, Time DotCom meningkat 4.5 sen kepada 74 sen dan MBSB-CA tidak berubah pada 12 sen.\rAntara saham untung yang utama, Dutch Lady meningkat 74 sen kepada RM19.54, DiGi.Com menokok 20 sen kepada RM29.96, Alliance Financial meningkat 19 sen kepada RM3.62, APM Automotive meningkat 16 sen kepada RM5.03 dan Malayan Flour Mills naik 15 sen kepada RM8.41.\rAntara saham berwajaran tinggi, Maybank menokok 2.0 sen kepada RM8.97, CIMB meningkat 1.0 sen kepada RM8.90, Petronas Chemical tidak berubah pada harga RM7.19, Sime Darby meningkat 3.0 sen kepada RM9.23 dan Axiata turun 2.0 sen kepada RM5.02.\rJumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 876.82 juta saham bernilai RM1.97 bilion daripada 857.397 juta saham bernilai RM2.09 bilion yang diniagakan kelmarin.\rPerolehan di Pasaran ACE meningkat kepada 111.88 juta unit bernilai RM17.795 juta daripada 77.99 juta unit bernilai RM12.18 juta, yang dicatatkan sebelum ini.\rWaran meningkat kepada 279.887 juta saham bernilai RM76.353 juta daripada 175.99 juta saham bernilai RM48.14 juta, yang dicatatkan kelmarin.\rProduk pengguna mencatatkan 64.83 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 116.95 juta, pembinaan 86.4 juta, dagang dan perkhidmatan 280.74 juta, teknologi 8.62 juta, prasarana 42.65 juta, kewangan 142.25 juta, hotel 2.45, hartanah 108.33 juta, perladangan 20.68 juta, perlombongan 48,500, REIT 2.74 juta dan tertutup/dana 129,500. \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.815068 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list