View: 133|Reply: 0
|
Penulis warga Britain bebas penjara, diusir dari Singapura
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Seorang penulis warga Britain yang menghabiskan lima minggu dalam penjara kerana menghina mahkamah selepas mempersoalkan hukuman perundangan di republik ini diusir semalam.\rAlan Shadrake, 76, memberitahu AFP menerusi telefon bimbit selepas dibebaskan dari penjara di Changi bahawa dia dalam perjalanan ke lapangan terbang.\r\n\n\n\n“Saya masih bersama imigresen,” dia menambah dan segera meletak telefon.\r\rTerdahulu, Shadrake dilihat dibawa keluar dari penjara Changi menggunakan van bertanda ‘Pihak berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan’ oleh seorang jurugambar AFP.\r\n\n\n\n\n\rShadrake diusir sejurus selepas itu menaiki pesawat Singapore Airlines ke London, menurut peguamnya, M Ravi.\r“Dia diusir oleh pihak berkuasa imigresen,” kata Ravi kepada AFP.\rShadrake dipenjarakan 1 Jun lalu selepas gagal dalam rayuannya ke atas satu hukuman penjara enam minggu, hukuman tegas dikenakan di republik ini kerana menghina mahkamah.\rWartawan bebas itu diarah menjalani tambahan hukuman penjara dua minggu kerana dia gagal membayar denda S$20,000 (RM49,041.77) bersama hukumannya, namun Ravi berkata anak guamnya dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik.\r\n\n\n\n\rLance Lattig, penyelidik hak asasi manusia Amnesty International di Asia Tenggara berkata, Singapura sepatutnya menggugurkan semua dakwaan ke atas Shadrake.\rBuku Shadrake bertajuk Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock termasuk satu profil Darshan Singh, bekas ketua pelaksana hukuman di Penjara Changi. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|