CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

MRCB Corporation Bhd

[Copy link]
Post time 11-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PADA 5 Julai lalu, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) mengumumkan anak syarikat 70 peratus miliknya, Country Annexe Sdn Bhd (CASB) memeterai perjanjian penswastaan dengan kerajaan Malaysia dan Syarikat Tanah dan Harta Sdn Bhd bagi memajukan beberapa projek infrastruktur di Brickfields bernilai RM128.7 juta.\rSebagai pertukaran, CASB akan diberikan dua bidang tanah milik kerajaan di Brickfields masing-masing seluas 14,297 meter persegi dan 5,642.71 meter persegi.\r\n\n\n\n\r  OSK Research dalam nota penyelidikannya 6 Julai lalu mengekalkan saranan ‘Beli’ ke atas saham MRCB dengan nilai wajar turut dikekalkan pada RM2.58 sesaham.\r\r\n\n\n\n\n  “Setakat ini, kami masih belum mengambil kira nilai pertukaran tanah itu dalam penilaian kami sementara menantikan maklumat lanjut daripada pengurusan MRCB berhubung rancangan masa depannya ke atas tanah di Brickfields itu,” katanya.\rMRCB bercadang memajukan tanah berkenaan dengan projek pembangunan bercampur bernilai RM1 bilion, katanya.\rPerkembangan terbaru ini membolehkan MRCB mengembangkan projek pembangunan KL Sentral.\rBerdasarkan kos RM128.7 juta, dua bidang tanah berkenaan dinilai pada RM601 sekaki persegi yang dilihat berpatutan dan menarik memandangkan penilaian kami ke atas bank tanah MRCB di KL Sentral pada RM1,640 sekaki persegi, katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.053871 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list