View: 210|Reply: 0
|
11,000 Myvi baru sebelum raya
[Copy link]
|
|
Tempahan catat penurunan 20 peratus kesan pindaan Akta Sewa beliPERUSAHAAN Otomobil Kedua (PERODUA) menyasar dapat menyerahkan antara 10,000 hingga 11,000 unit PERODUA Myvi baru yang sudah ditempah menjelang Julai ini.\rPengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pada minggu pertama bulan ini, 1,000 unit sudah pun diserahkan dan pada bulan lalu syarikat menyerahkan 2,000 unit Myvi baru.\r“Tempahan yang diterima amat memberangsangkan bagi Myvi baru itu sejak ia dibuka pada 4 Jun lalu. Setakat ini, kami sudah pun menerima 17,000 tempahan bagi modal itu. \r\r“Kami berusaha untuk menyerahkan sebanyak mungkin kereta sebelum hari raya bagi memenuhi impian pelanggan untuk pulang berhari raya ke kampung dengan kereta baru,” katanya kepada media selepas berakhirnya sesi pandu uji media kereta Myvi baharu di Singapura, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\n\rAminar berkata, sesi pandu uji itu diadakan berikutan permintaan daripada anggota media untuk sesi pemanduan yang lebih lama yang merangkumi perjalanan sejauh lebih 350 kilometer bermula dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.\rSelain itu, Aminar Rashid berkata, PERODUA mencatatkan penurunan 20 peratus dalam tempahannya pada bulan lalu. \rBeliau mengaitkan pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 (HPA) yang berkuat kuasa 15 Jun sebagai faktor yang menyumbang kepada penurunan itu.\r“Daripada maklum balas yang diterima daripada wakil pengedar dan cawangan kami, proses permohonan pinjaman yang biasanya mengambil masa dua hingga tiga hari sudah dilanjutkan kepada tujuh hingga lapan hari,” jelasnya.\rBagaimanapun, beliau berkata, PERODUA menyokong keputusan kerajaan untuk meminda akta itu yang disasarkan bagi melindungi pengguna. \r“Kes membabitkan wakil pengedar atau cawangan kami sendiri yang mengambil kesempatan ke atas pelanggan adalah sangat kecil dengan dua atau tiga kes dilaporkan daripada 188,000 kenderaan yang dijual tahun lalu,” katanya. \rKatanya, PERODUA sudah pun mengambil tindakan terhadap kes-kes yang dilaporkan itu. \rMengenai proses sewa beli, beliau berkata, PERODUA berharap mendapat lebih banyak maklumat mengenai perkara yang sebenarnya berlaku dan ia merancang bertemu dengan bank dan kementerian untuk memberi maklum balas serta meneliti keperluan membuat penambahbaikan pentadbiran.\r“Kami mahu memastikan ia boleh dilaksanakan dengan matlamat kerajaan melindungi pengguna berjaya dicapai dan pada masa sama, objektif kami sebagai penjual adalah menjual serta menyediakan kenderaan berkualiti yang mampu dimiliki,” katanya. \rMengenai unjuran jualan, Aminar Rashid berkata, PERODUA akan cuba mencapai sasaran awal jualan sebanyak 195,000 kenderaan tahun ini walaupun dalam situasi mencabar. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|