CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

Sani United labur RM35 juta tambah

[Copy link]
Post time 12-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SYARIKAT Sani United Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas ekspres, melabur RM35 juta bagi membeli 26 unit bas dua tingkat diimport dari Sweden dan meningkatkan perkhidmatan demi keselesaan pelanggannya.\rPengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Wan Mohd Sani Salleh, berkata dengan pembelian 26 kenderaan baru itu, jumlah keseluruhan bas yang dimiliki syarikat meningkat kepada 50 unit.\r\n\n\n\n\rKatanya, semua bas ekspres syarikat itu juga akan dipertingkatkan kemudahannya dengan dilengkapi paparan hablur cecair atau kristal cecair (LCD) pada setiap tempat duduk belakang penumpang.\r\r\n\n\n\n\n“Saya akui jumlah bas sedia ada itu masih tidak mencukupi dan kita baru saja menempah 26 bas dua tingkat dari Sweden untuk menampung permintaan.\r“Terbaru, kita juga akan melengkapkan setiap tempat duduk belakang penumpang dilengkapi dengan LCD,” katanya selepas diiktiraf sebagai Tokoh Usahawan Muda Perdagangan dan Perusahaan Melayu Malaysia Kategori Pengangkutan anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kelantan, di Kota Bharu.\rPenyampaian sijil itu dilakukan oleh Timbalan Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Borhan Sidik, mewakili Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukriz Mahathir. Hadir sama, Yang Dipertua Perdasama Kelantan, Aishah Mahmood.\rSelain itu, Wan Mohd Sani berkata, Sani Express akan memperkenalkan laluan baru membabitkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura dari ibu kota yang akan beroperasi bermula Ogos depan.\r\n\n\n\n\rBeliau juga berkata, pihaknya juga berhasrat melebarkan laluan baru iaitu Johor, Ipoh dan Seremban pada tahun depan sekali gus melengkapkan perjalanan bas ekspress syarikatnya untuk Semenanjung Malaysia.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.045922 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list