View: 216|Reply: 0
|
Kedudukan EXIM Bank kukuh
[Copy link]
|
|
Pertambahan peluang niaga mampu capai sasaran salur pinjaman RM1b\rEXPORT-IMPORT Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) berada pada kedudukan kukuh untuk mencapai sasarannya menyalurkan pinjaman bernilai RM1 bilion tahun ini dengan bertambahnya peluang perniagaan di beberapa pasaran baru di negara sedang membangun di Asia.\r\n\n\n\n\r Bank milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan itu sudah meluluskan pinjaman berjumlah kira-kira RM500 juta setakat separuh pertama tahun ini, sebagai tambahan kepada RM3 bilion yang disalurkan sebelumnya.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Urusannya, Adissadikin Ali, berkata bagi mencapai sasaran itu EXIM Bank akan memberikan lebih tumpuan kepada segmen pembiayaan perdagangan tahun ini berikutan meningkatnya minat di kalangan syarikat tempatan untuk meneroka pasaran pertumbuhan bukan tradisional di Asia.\rBeliau berkata, 60 peratus daripada pinjaman bernilai RM3 bilion yang diluluskan EXIM Bank disalurkan kepada perniagaan yang berkaitan dengan sektor pembinaan, dengan kebanyakan projek dilaksanakan itu adalah di rantau Asia.\r“Jumlah pinjaman yang disasarkan untuk tahun ini boleh dicapai menerusi sumbangan ketara Program Pembiayaan Perdagangan Bank Pembangunan Asia (ADB)-EXIM Bank (TFP),” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian bagi program TFP di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau memeterai perjanjian itu bagi pihak EXIM Bank, manakala ADB diwakili Ketua Pembiayaan Perdagangan Jabatan Operasi Sektor Swastanya, Steven Beck.\r\n\n\n\n\rMenerusi kerjasama itu, ADB menyediakan jaminan kepada EXIM Bank untuk mengesahkan Surat Kredit (LC) yang dikeluarkan 78 bank lain di seluruh Asia yang terbabit dalam program berkenaan.\rKemudahan itu meminimumkan risiko tidak menerima bayaran di kalangan pengeksport tempatan, sekali gus menggalakkan kegiatan perdagangan dengan lebih banyak pasaran yang mencabar di Asia terutama di kalangan negara rantau Asia Tengah sedang membangun seperti Afghanistan, Azerbaijan, Mongolia, Nepal dan Bangladesh.\rAdissadikin berkata, kemudahan itu terbuka kepada semua syarikat tempatan yang mahu mengeksport barangan ke negara ahli ADB di seluruh Asia.\rBeliau menjelaskan sejak diperkenalkan pada 2004, TFP telah menyokong urus niaga perdagangan bernilai AS$5.2 bilion (RM15.6 bilion) dengan tahun lalu saja ia menyokong urus niaga bernilai AS$2.8 bilion (RM8.4 bilion) membabitkan 783 urus niaga, di mana 270 terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).\r“Menerusi program ini, ia akan meluaskan lagi pilihan pasaran perdagangan untuk pengeksport tempatan dan meminimumkan risiko tidak menerima bayaran selain mengukuhkan lagi jumlah dagangan antara Malaysia dengan negara Asia lain.\r“Ini terutama untuk meningkatkan jumlah urus niaga perdagangan Malaysia dengan pasaran bukan tradisional di Asia seperti negara di rantau Asia Tengah,” katanya.\rSetakat ini, pengeksport yang menggunakan kemudahan itu tidak pernah gagal menerima bayaran terhadap urus niaga perdagangan masing-masing meskipun ia membabitkan pasaran berisiko tinggi.\rSementara itu, Beck berkata, kemudahan itu akan membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan, terutama PKS meneroka pasaran perniagaan lebih besar serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru pada masa depan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|