View: 118|Reply: 0
|
PTPL dedah pelajar dunia teknologi menerusi Diploma Perkomputeraan Perniagaan
[Copy link]
|
|
PERKEMBANGAN dan penerokaan bidang teknologi maklumat terutama dalam aplikasi berasaskan komputer menghasilkan pelbagai dimensi baru dalam kehidupan manusia sejagat. Ia bukan sekadar membangunkan minda generasi melangkah era baru malah memberi kelebihan meneroka pelbagai bidang kerjaya membabitkan sains, sastera, teknologi, pengurusan dan perniagaan.\rPerkomputeran perniagaan juga antara jurusan yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat hari ini terutama bagi mereka yang meminati gabungan teknologi maklumat dan perniagaan.\r\n\n\n\n\r Secara amnya, perkomputeran perniagaan tercetus daripada revolusi pengenalan sains perkomputeran pada 1970 dan semakin berkembang dan hingga kini mencapai tahap canggih dengan pelbagai penemuan baru dicipta setiap hari.\r\r\n\n\n\n\n Cabang perkomputeran tidak hanya khusus pada satu pengkhususan semata-mata namun mencakupi pelbagai aspek. Antara paling asas diketahui ialah sains komputer. Kemudian ia berkembang kepada beberapa penemuan baru seperti pembangunan perisian komputer dan sebagainya.\rKursus Diploma Perkomputeran Perniagaan PTPL mendedahkan pelajar kepada bidang pengurusan perniagaan dan keusahawan dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai kaedah utama dalam menghayati program ini. \rPelajar berpeluang mempelajari kemahiran untuk menjadi seorang usahawan dan pakar teknologi maklumat. Peluang yang menanti pelajar adalah seperti Usahawan IT, Juruanalisa sistem, Perunding dalam bidang perniagaan IT, Perancang Sistem Maklumat, Pengurus IT, Pengurus Sumber IT dan Pembangunan, Aplikasi Perniagaan dan lain- lain. \rJusteru tidak hairan pelbagai institusi pengajian tinggi menawarkan jurusan ini dan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) salah satu daripada institusi berprestij berkenaan.\r\n\n\n\n\rBerpegang teguh pada visi untuk membantu sesiapa berminat memperoleh pembelajaran sepanjang hayat, PTPL bukan saja menawarkan program mendapat sokongan majikan malah memberi peluang kerjaya mantap sebaik saja tamat pengajian. \rPelajar yang mengikuti program perkomputeran perniagaan akan didedahkan dengan pelbagai aspek teori dan praktikal, antaranya pembangunan perisian perniagaan. Selain itu, bantuan pensyarah juga salah satu elemen penting membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang.\rMenerusi program diploma dua setengah tahun ini, kelayakan masuk adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Vokasional (SPMV) atau setaraf dengan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan keutamaan diberikan kepada subjek Matematik dan Sains. \rUntuk maklumat lanjut berhubung program ditawarkan di Kumpulan Kolej PTPL, sila hubungi 03-5513 6688 atau lawati www.ptpl.edu.my. Pilihan lain ialah dengan menghantar sms ke INFOPTPL nama emel dan hantar ke 013-2433677 / 017-399 3034 or 016-630 8966.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|