CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Galeri: Gamitan pantai timur

[Copy link]
Post time 15-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tema serupa, tafsiran berbeza\rINFO: East-cost Native\r\n\n\n\nLokasi: KL Lifestyle Art Space, Jalan Maarof, Kuala Lumpur\rTelefon: 019-3337668\rTarikh: sehingga 22 Julai\r\n\n\n\n\nKarya: 65\rKEHIDUPAN masyarakat dan aktiviti kebudayaan negeri di pantai timur tanah air menjadi tema pameran catan \'East-cost Native\' yang berlangsung di KL Lifestyle Art Space (KLAS), Jalan Maarof, Kuala Lumpur, sehingga 22 Julai ini.\rKetua Pegawai Eksekutif KLAS, Datuk Gary Thanasan berkata, enam pelukis yang terbabit dalam pameran terbabit mempunyai hubungan istimewa dengan negeri di pantai timur Malaysia sehingga membolehkan mereka menghasilkan karya unik tempat terbabit.\rEnam pelukis terbabit ialah Chang Fee Ming, Ismail Mat Hussin, Khalil Ibrahim, M Zain, Mokhtar Ishak dan Nik Rafin Nik Mustapha yang menggunakan pelbagai jenis media untuk menghasilkan catan pada pameran kali ini.\r\n\n\n\n\r“Khalil dalam hasil catannya sejak 1980-an akrab dengan kehidupan nelayan dan tema serupa terpancar dalam East Coast Series yang dipamerkan pada pameran ini,” katanya kepada Galeri.\rTema yang sama dapat dilihat dalam catan, Village in Tumpat, Coastal Breeze dan Sowing oleh Mokhtar yang ditambah dengan pemandangan landskap yang kompleks, menjadikan ia sangat menarik.\rSelain Khalil, catan Mokhtar, Kelantanese Girl yang dihasilkan pada 1988, Knitting Fishing Nets (Ismail) turut memberi tumpuan kepada kehidupan nelayan, manakala Pounding Rice serta Weaving, menggambarkan suasana perkampungan tradisional. \rPameran East-cost Native turut menampilkan beberapa karya lain seperti Still Life, No 308, Nap on a Wakaf’, Coconut Tree in Redang (Chang); Fishermen by the Beach (M Zain) dan Harmony in Pantai Bulan Cahaya Kelantan serta Serenity (Nik).\rGary yakin tarikan utama pengunjung pada pameran kali ini ialah perbezaan gaya yang ditampilkan enam pelukis terbabit, walaupun masing-masing membawa subjek yang sama.\rMokhtar ketika ditemui berkata, bagi menghasilkan catan untuk pameran itu, beliau lebih gemar menyiapkan karyanya secara terus di lokasi yang berkenaan.\r“Sebagai contoh, saya menghasilkan, Village in Tumpat, sebuah kampung di Tumpat untuk mendapatkan hasil yang diingini. Jika tidak sempat menyiapkannya di sana, barulah saya menyiapkannya di tempat lain,” katanya.\rMengulas mengenai Kelantanese Girl pula, Mokhtar berkata ia adalah gambaran seorang gadis dari Kelantan yang mengenakan pakaian tradisional masyarakat Kelantan yang agak sukar untuk dilihat pada masa sekarang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.098990 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list