CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Untung pengendali pasaran saham tempatan meningkat 37 peratus

[Copy link]
Post time 20-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
BURSA Malaysia Bhd meraih keuntungan bersih RM76.204 juta dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu, meningkat 37 peratus daripada RM55.549 juta dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu keuntungan separuh pertama tertingginya dalam tempoh empat tahun.\rIa diraih daripada peningkatan pendapatan  26 peratus kepada RM217.164 juta daripada RM172.375 juta.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Datuk Tajuddin Atan, berkata prestasi kewangan kukuh itu disumbangkan terutama oleh aktiviti pemangkin menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang memacu aktiviti dalam sektor terpilih seperti kewangan dan pembinaan.\r\r\n\n\n\n\n  “Pembabitan kami dengan institusi asing di United Kingdom, Hong Kong dan China turut menyaksikan lebih banyak tumpuan dihalakan ke arah pasaran tempatan dengan pendapatan diraih daripada dagangan saham dalam tempoh dikaji meningkat 36 peratus kepada RM103.8 juta.\r“Bursa Malaysia juga menyaksikan peningkatan nilai purata dagangan asing sebanyak 37 peratus,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan separuh tahun pengendali pasaran saham tempatan itu di Kuala Lumpur, semalam.\rTajuddin berkata, pasaran derivatif Bursa Malaysia turut mencatat prestasi membanggakan apabila meningkat 45 peratus kepada RM25.3 juta dalam tempoh enam bulan berkenaan daripada RM17.5 juta tempoh sama tahun lalu.\rBeliau berkata, peralihan kepada platform dagangan CME Globex 10 bulan lalu membuahkan hasil, menyaksikan peningkatan pembabitan pedagang institusi kepada 42 peratus, berbanding 38 peratus sebelum peralihan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.094894 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list