CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6904|Reply: 9

Hargailah wanita

 Close [Copy link]
Post time 17-7-2003 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Cerita untuk suami/bapa/lelaki

Mat...mat....
Mat tidak pernah membantu isterinya
membuat kerja-kerja rumah.
Malah dia sering bersungut sendirian kerana
telah merasa bosan setiap hari
pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya
tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat dan
letihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~  Mat berdoa,"Ya Tuhanku.
Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak. Aku mahu
supaya dia tahu betapa letihnya aku
bekerja setiap hari. Tolonglah ya
Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar
aku yang menjadi isteri untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku
bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah
mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan
pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik
air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan
anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa
yang sama melayan suami bersarapan.
Pastu menghantar suami yang
nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke
sekolah dan menyediakan air yang
anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu
panaskan injin kereta dan bergegas
hantar anak-anak ke sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk
membeli ikan dan keperluan dapur
yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik
ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan
simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan
mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak
yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45
tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil anak dari sekolah.

Selesai ambil anak, beri pula mereka makan
sebelum mengatur anak-anak
supaya membuat kerja sekolah. Pastu
terpaksa pula kemas rumah supaya
jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di
jemuran. Tiba-tiba anak bongsu
menangis kerana terjatuh. Dah nak kena
beri rawatan dan pujuk supaya
tangisan tidak berlarutan. Dah selesai,
kain-kain yang baru diangkat
perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.
Sedar tak sedar, waktu Zohor
dah tinggal tak berapa minit saja lagi.
Terpaksa bergegas pulak tunaikan
Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan
Asar kedengaran. Selesaikan
pulak solat Asar sebelum menyambung
apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke
dapur untuk menyiapkan makan
malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami
dan anak-anak makan, pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang
masih kecil, pastu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam
pastu lagi. Dekat pukul 11.00
malam barulah semua kerja rumahtangga
selesai. Badan pun dah longlai
lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami
juga mahukan layanan. Berdosa
isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam
Jumaat. Maka suami dilayani dengan
sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak
pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat
segera bangun dan berdoa semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah
tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat
macam ni. Ada juga masa berehat,
minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami semula. Tobat aku tak sanggup dah
jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di
rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara
ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab
persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan
10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami
kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak???.......Waaaaaa..
tak nak, tak nak, tak
naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal
niii.....??" Sergah satu
suara


Oleh itu hargai pengorbanan mereka
tul tak hehehehe

:2cool::2cool::2cool:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2003 12:35 PM | Show all posts

nemoo yg manja... hik..hik...

ni bukan jokes ni... ni kisah yg patut jadik teladan...

ps: patut di baca oleh suami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2003 12:51 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by aYuGiLeR at 17-7-2003 12:35 PM:
ni bukan jokes ni... ni kisah yg patut jadik teladan...

ps: patut di baca oleh suami
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2003 03:40 PM | Show all posts

ler....

kat board jokes tu tak sesuwei ler nemoo.... kan sini baru sesuwei....
jangan la marah yer.... kat sana tak de orang nak reply pun... sbb tu aku movekan ke sini....


ps: sori yer kalau nyusahkan nemoo.... meh nak belai sirip tu... hihihhihihih
Reply

Use magic Report

Waikiki This user has been deleted
Post time 17-7-2003 03:55 PM | Show all posts
panjangnye.. aku bace esok jer la.. ho ho ho
Reply

Use magic Report

sunshine This user has been deleted
Post time 17-7-2003 07:15 PM | Show all posts

Sue blom jadik isteri lagiks..

Macih lerrr nemoo... sok dah kawen.. ha.. jagalah isterimu yer?

Ps: Jaga anak bini sumerr2laah... adik perempuan, ibu pun kena gaks jaga... ;) ok nemoo?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Waikiki This user has been deleted
Post time 17-7-2003 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by sunshine at 2003-7-17 07:15 PM:
Macih lerrr nemoo... sok dah kawen.. ha.. jagalah isterimu yer?

Ps: Jaga anak bini sumerr2laah... adik perempuan, ibu pun kena gaks jaga... ;) ok nemoo?


aku akan jaga adik pompuan aku, dan mak aku bebaik jugak.. dan jugak adik pompuan orang lain.. ho ho ho sori gurau jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2003 11:36 AM | Show all posts
tu lah sebenarnya org pompuan ni keje nya tak akan berenti selagi tak tido
kekadang tu tido pun tak lena bila kena kacau ngan orang kat sebelah
ekekeke.....nasib nasib kan

oleh jaga lah hati dan perasaan perempuan :0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2003 11:42 AM | Show all posts
iissshhkkk siap ada digest II lak dah
ape beza tu cik ayu oooiitt
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 01:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060825 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list