CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Psikologi bukan faktor muktamad tukar jantina

[Copy link]
Post time 25-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MASYARAKAT khususnya umat Islam perlu melihat isu pertukaran jantina melalui pembedahan dengan merujuk  hukum   diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu haram dari segi hukum syarak.  Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, berkata fatwa  pertukaran jantina  dibuat  Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 1982.\rKeputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam  Ke-4 pada 1982 memutuskan haram pertukaran jantina  lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan. Seseorang  dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun  berjaya menukar  jantina melalui pembedahan begitu juga wanita.  Namun,    khunsa musykil yang   mempunyai  alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan   alat jantina yang benar-benar berfungsi dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.\r\n\n\n\n\r  “Hukum ini  jelas dan tidak perlu  dipertikaikan lagi,” katanya sambil menambah perkara membabitkan hukum syarak tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi jika didorong  rasa simpati kerana umat Islam perlu meletakkan  agama mengatasi segala-galanya.   Isu pertukaran jantina kembali hangat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu baru-baru ini menolak permohonan Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25,  menukar nama kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz  dalam MyKad dan sijil kelahiran selepas  pembedahan menukar jantina dua tahun lalu.  Permohonan   ditolak selepas mengambil  kromosom, kewujudan alat kelamin ketika  dilahirkan dan  organ dalaman.\r\r\n\n\n\n\n  Sheikh Ghazali berkata, mereka yang prihatin dengan isu itu sepatutnya menilai keadaan melanda golongan menukar jantina dari kaca mata agama dan budaya   di negara ini dengan pandangan terbuka.  Beliau berkata, kesilapan  dilakukan pihak berkenaan patut dijadikan pengajaran bukan sebab untuk  dicemuh dan bagi yang bersimpati, sepatutnya mengambil inisiatif  membawa kembali golongan berkenaan kepada keadaan asal.\r“Silap masyarakat kita suka mencemuh. Sepatutnya kita tarik mereka kepada asal kejadian. Itu kesilapan yang mereka lakukan tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menjalani kehidupan mengikut jantina asal,” katanya.\rTimbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, berkata implikasi  isu penukaran jantina pada kad identiti  memberi kesan besar bukan saja kepada individu tetapi juga masyarakat.  Katanya, tujuan undang-undang ialah  memastikan kehidupan  lebih teratur serta memelihara kesejahteraan kehidupan semua lapisan termasuk dalam hubungan antara individu, keluarga dan masyarakat.\r“Penukaran nama pada kad identiti hanya isu sampingan kerana masalah utama yang perlu diberi perhatian ialah implikasi dari aspek perundangan yang jauh lebih besar. Isu ini tidak boleh selesai atas dasar memohon simpati atau restu ibu bapa saja,” katanya.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, melihat kepada kesan makro, mahkamah sivil di Malaysia dan Barat  masih berpegang kepada empat kriteria  menentukan jantina  dan ada kes menambah     faktor hormon.  Berdasarkan analisis kes dari 1819, semua   yang didengar di mahka-mah sivil menunjukkan  empat kriteria utama penentuan jantina iaitu  kromosom, gonadal (wujud atau tida testis atau ovari), genital (termasuk organ seks dalaman) dan psikologikal.  Kriteria itu sudah berkembang sejak kurun ke-19 sebagai panduan doktor   menyelaras pengetahuan dalam bidang berkenaan dan pendekatan sistematik kepada masalah kelainan seksual secara fizikal atau psikologikal.\rProf Zaleha berkata, aspek psikologi turut dibincangkan pakar  untuk membantu mahkamah seperti pandangan Dr Randell dalam kes Corbett v Corbett menunjukkan faktor psikologi tidak mengambil keutamaan jika kromosom, gonadal dan alat jantina dalam kategori yang sama.\rContoh,  individu itu walaupun secara psikologi   wanita, tetapi kromosomnya lelaki, organ seks dan gonadnya lelaki, maka dianggap sebagai lelaki walaupun   mengambil  hormon  untuk menonjolkan ciri kewanitaan.\r“Aspek psikologi tidak boleh dijadikan satu-satunya faktor penentuan jantina. Secara luaran dia boleh berlagak seperti wanita tetapi jika masyarakat menerimanya sebagai wanita, ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana  timbul banyak isu perundangan,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.244110 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list