CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Novel sejarah lubuk duit

[Copy link]
Post time 25-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Honororium boleh cecah ratusan ribu ringgitANTARA novel paling laris di pasaran kini ialah novel berunsur sejarah. Bukan saja diulang cetak berkali-kali, imbuhan menulis novel sejarah juga mencecah nilai ratusan ribu ringgit. \rFenomena itu bagaimanapun terhad kepada novel sejarah Islam, manakala novel sejarah Melayu tidak mendapat sambutan sehebat itu, selain tidak ramai pengarang menangani novel sejarah Melayu.\r\n\n\n\n\rJusteru, apabila Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengadakan Sayembara Menulis Sejarah Johor sejak 2005, ia bukan saja menawarkan hadiah lumayan, tetapi juga memperbanyakkan lagi khazanah sastera sejarah, khususnya Johor selain Empayar Kesultanan Johor - Riau.\r\r\n\n\n\n\nMeskipun, hadiah utama yang ditawarkan RM35,000, tetapi ia hanya dimenangi selepas tahun ketiga penganjurannya. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya, apakah susah menulis novel sejarah?\rDi barat novel sejarah sudah lama menembusi hadiah kesusasteraan utama. Misalnya di Amerika,  Michael Chabon pernah menang Hadiah Pulitzer menerusi The Amazing Adventures of Kavalier & Clay yang mengambil latar 1930-an di New York. Di Britain, Margaret Atwood dengan The Blind Assasin dan Peter Carey, The True History of the Kelly Gang, pemenang Hadiah Booker 2000 dan 2001. Lama sebelum itu, The Color Purple karya Alice Walker pernah memenangi Hadiah Pulitzer 1983.\rPegawai Persuratan YWJ, Siti Nadia Hariman menjelaskan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan YWJ setiap tahun, penganjuran menulis novel sejarah itu tidaklah susah.\r“Mengikut garis panduan YWJ, novel sejarah itu adalah fakta sejarah yang dinovelkan. Ia boleh difiksyenkan, tetapi masih berpegang kepada sejarah. Penulis dibenarkan menambah watak lain, tetapi ia tidak terlalu berbentuk fiksyen sehingga menenggelamkan watak sejarah,” katanya.\rMengimbas pengalaman YWJ, tidak dinafikan pada waktu awal sayembara itu dimulakan, mutu karya yang diterima tidak menepati definisi novel sejarah. Malah, ramai penulis memberi maklum balas sukar menulis kerana watak tidak boleh direka-reka apalagi mengambil alih watak utama dalam sejarah. \rBagaimanapun Siti Nadia mengakui selepas tiga tahun penganjuran, banyak manuskrip yang diterima YWJ menepati konsep novel sejarah seperti  diingini YWJ sehingga Tiara Pesona karya Rahimah Muda tampil johan. \rPengendali Bengkel Penulisan Novel Sejarah YWJ, Hamzah Hamdani, melihat kurangnya penulisan novel sejarah kerana konsepnya sukar difahami, namun sesi bengkel seluruh Malaysia, banyak membantu sehingga makin banyak jumlah manuskrip yang menepati definisi \r“Novel sejarah ialah fiksyen sejarah yang mesti didirikan atas fakta sejarah, tetapi boleh ditokok tambah watak sampingan rekaan. Perlu diingat ada juga karya berunsur sejarah, tetapi tidak boleh dikategorikan sebagai novel sejarah.\r“Misalnya, Saatul Ibaad karya Faisal Tehrani kerana ia karya yang mensejarahkan fiksyen dan bukan novel sejarah. Karya itu ada unsur sejarah dari segi latar mas, tetapi ceritanya direka-reka dan pembaca yang tidak tahu sejarah akan kata ia novel sejarah,” tegasnya.\rPenulis novel sejarah, Abdul Latip Talib senada apabila mengakui novel sejarah dan fiksyen sejarah dua perkara berbeza dan sebagai tokoh berpengalaman luas menulis 30 novel sejarah Islam dan Melayu, tidak menafikan ramai orang keliru dalam memahami fakta itu.\r“Mungkin ada orang yang berpendapat novel sejarah dan fiksyen sejarah itu sama, tetapi baginya novel sejarah itu berdiri di atas fakta dan watak utamanya adalah tokoh sejarah. Bagaimanapun, ada orang melihat novel sejarah dan watak utama sejarah boleh dinovelkan dengan disorot watak lain. Misalnya, watak yang direka sebagai narator dan kita kenal sejarah yang ingin diceritakan. Itu sudah salah, pada saya itu fiksyen sejarah,” katanya.\rBaginya novel sejarah perlu digerakkan oleh tokoh sejarah itu, misalnya jika menulis mengenai tokoh Islam Khalid Al Walid, watak utama mestilah Khalid Al-Walid dan kisah Khalid Al Walid tidak disorot daripada watak rekaan lain.\r“Sebenarnya menulis novel sejarah tidak susah kerana berdasarkan fakta. Fakta tidak boleh direka-reka seperti sejarah tidak boleh dijungkir balik atas alasan hendak membuat pembaharuan. Apa yang susah ialah membuat penyelidikan kerana novel sejarah memerlukan banyak penyelidikan.\r“Saya banyak membuat penyelidikan dan rujukan sepanjang menulis novel sejarah. Sejarah Islam tidak susah kerana ada banyak dokumentasi mengenainya. Selain ditulis dalam buku bahasa Melayu, sejarah Islam boleh diperoleh daripada buku bahasa asing termasuk buku Melayu bertulisan jawi,” katanya.\rSejak menulis novel sejarah pada 2005,  setiap satu buku Abdul Latip diulang cetak hingga tiga ke empat kali  dan setakat ini, novel sejarahnya yang paling laris ialah Salahuddin Al-Ayubi yang sudah dicetak lebih empat kali.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054440 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list