CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Kemeriahan 10,000 langkah

[Copy link]
Post time 26-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tua, muda, selebriti dan orang ramai tidak lepaskan peluang aktiviti menyihatkanSEKALIPUN jadual harian mereka padat dengan pelbagai agenda, namun ia tidak menghalang beberapa artis tempatan untuk memberikan sokong kepada Karnival 10,000 Langkah Sehari My Sihat anjuran Berita Harian dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Sabtu lalu yang berlangsung di Dataran Putrajaya.Aktres jelita, Rozita Che Wan, contohnya sanggup mengorbankan waktu tidurnya walaupun baru selesai menjalani penggambaran jam 4 pagi dan langsung bergegas ke Putrajaya semata-mata untuk menjayakan karnival yang julung kali diadakan itu. \n\n\n\nSebaik menyudahkan perjalanan sejauh 6.5 kilometer, Rozita mengambil peluang melelapkan mata di dalam kereta kerana perlu bergegas semula ke lokasi penggambaran drama. Manakala penyanyi Farhan yang tiba di lokasi acara jam 7.30 pagi pula, terus bergegas ke sebuah majlis amal yang berlangsung kira-kira jam 11.30 pagi.\n\n\n\n\nSelain Rozita dan Farhan, karnival berkenaan turut dijayakan bakat baru Tasha Shila, Zain Saidin dan penyampai Era, Zarith Adzmira Mohd Amin. Meskipun terlewat bangun, Zain tetap memenuhi janjinya untuk menjayakan majlis berkenaan. Biarpun terlepas acara berjalan kaki, Zain tetap meluangkan masa mengikuti acara senamrobik.Lebih membanggakan apabila beberapa artis veteran turut menyatakan persetujuan mereka mengikuti aktiviti sihat ini. Antara artis veteran yang menjayakan majlis itu ialah Datuk Aziz Satar, Zaibo, Kismah Johari dan Tawil Abu Bakar.Usia ternyata bukan penghalang bagi pelakon veteran, Datuk Aziz Satar untuk terbabit dalam aktiviti sihat bersama masyarakat, malah peluang menyertai 10,000 Langkah Sehari itu memberi peluang kepadanya untuk turut sama memeriahkan aktiviti terbabit.Berada seawal 6.30 pagi di Dataran Putrajaya bukan satu masalah baginya bahkan menganggap menghirup udara pagi yang segar adalah rutinnya setiap hari bagi mengekalkan kesihatan diri yang sudah berusia 85 tahun.\n\n\n\nBaginya, dengan mengikuti aktiviti sebegini bukan saja dapat menyihatkan badan tetapi dapat mengeratkan hubungan dan mendekatkan diri dengan masyarakat disamping melakukan aktiviti riadah.“Ini adalah satu aktiviti baik demi kesihatan, sebagai orang seni yang sudah berusia seperti saya yang memerlukan kesihatan yang baik perlulah melakukan aktiviti sebegini.“Ini bukan larian tetapi berjalan. Kalau sudah tak boleh berlari lebih baik berjalan macam ini sedikit sebanyak dapat mengekalkan kesihatan badan.  Alhamdulillah saya dapat menghabiskan perjalanan saya” katanya.Walaupun terpaksa berjalan sejauh kira-kira 6.5 kilometer, raut wajah Aziz Satar atau lebih gemar dipanggil Pak Aziz kelihatan gembira menyertai aktiviti terbabit dan menyarankan artis veteran lain untuk turut sama dalam aktiviti sedemikian.Bagi Pak Aziz, kesihatan diri lebih bermakna daripada harta dan dengan berjalan setiap hari dapat membantu golongan seusia dengannya mengekalkan kesihatan diri dengan labih baik.Selain Pak Aziz, pelakon, Zaibo dan isteri turut sama menyertai aktiviti itu dan menganggap aktiviti sedemikian dapat menolong masyarakat terutama golongan seusia dengannya mengekalkan kesihatan diri.Malah, tidak menjadi keberatan buat dirinya untuk meluangkan sedikit waktu untuk turut serta demi kesihatan diri selain dapat bergaul dengan penduduk Putrajaya.“Saya amat menyokong aktiviti seperti ini terutama membabitkan Persatuan Kebajikan Artis Veteran kerana inilah masanya kita menjaga kesihatan diri.“Saya berasa bersemangat apabila dapat tahu Datuk Aziz turut terbabit dalam aktiviti ini dan ia menjadikan satu cabaran buat saya untuk turut serta. Kita berasa malu apabila orang yang berusia macam dia boleh terbabit dalam aktiviti ini takkan kita yang masih muda tak boleh meluangkan masa setengah hari untuk turut serta bukannya berlari pun,\" jelasnya.Bagi Zarith Adzmira yang baru sembilan bulan bersama Radio Era, sebaik mengetahui dia tidak mempunyai sebarang aktiviti pada Sabtu lalu, dia terus memberitahu pegawai perhubungan awamnya untuk menyertai aktiviti berkenaan. Kata Zarith Adzmira atau Ira, dia tidak pernah menyertai aktiviti sebegini tetapi berasa terpanggil untuk menyertainya.“Sebelum ini saya tidak pernah menyertai aktiviti sebegini. Selepas berjaya menyudahkan perjalanan ini, saya berasa sangat seronok dan berbaloi bangun pagi-pagi untuk menjayakan aktiviti ini,” katanya.Tidak lengkap karnival ini tanpa persembahan daripada beberapa penyanyi popular tanah air. Seramai lima penyanyi yang tidak ketinggalan menghiburkan pengunjung yang hadir. Shiha Mentor muncul sebagai penyanyi pertama yang menghiburkan pengunjung pada tengahari itu. Pemenang tempat kedua Mentor itu menghiburkan pengunjung dengan dua buah lagu iaitu Bila Bertemumu dan Ku Menunggu.Biarpun hujan, namun tidak menghalang kumpulan VIP mempamerkan bakat tarian mereka. Kumpulan yang diketuai oleh Adam  itu mendendangkan dua buah lagu iaitu Teka Kata dan Lagu Sedih. Manakala juara Akademi Fantasia 7 juga menghiburkan pengunjung dengan dua buah lagu popularnya Awan Nano dan Noktah Cinta. Turut memberikan sokongan mereka ialah Izwan Pilus dan Farawahida.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.044059 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list