|
UNIT Kerohanian dan Pembangunan Insan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu menganjurkan pertandingan menyampaikan khutbah jumaat bertajuk “ Kasih ibu bapa membawa ke syurga’ sempena sambutan Israk dan Mikraj, baru-baru ini.\rPertandingan terbuka kepada pelajar lelaki peringkat menengah rendah (SMR) dan menengah atas (SMA) itu dirangka bagi melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan selain melahirkan lebih ramai bakal imam muda pada peringkat sekolah.\r\n\n\n\n\rSeramai 24 peserta mengambil bahagian, iaitu 14 peserta peringkat SMR dan 10 peserta peringkat SMA. Penyertaan dihakimi daripada pelbagai aspek antaranya persembahan, kelancaran sebutan ayat al-Quran, hadis dan doa.\r\r\n\n\n\n\nPada pertandingan itu, pelajar Tingkatan Lima, Muhamad Hamka Mohd faudzi menjuarai kategori SMA manakala Ahmad Faisal Shuhaidy Che Yusof, Tingkatan Dua, bergelar johan. Masing-masing menerima wang tunai daripada pengetua, Abdullah Mamat.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|