View: 31942|Reply: 77
|
kelebihan surah al kahfi
[Copy link]
|
|
surah al kahfi yakni beerti gua adalah surah yang ke 18 didalam al quran yang mengandungi 110 aat.ia dinamakan al kahfi kerana dari ayat 9 hingga ayat 26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh allah selama lebih 300 tahun,demi iman mereka yang amat teguh terhadap dasar tauhid.sebagaimana firman nya :
maksudnya
(al kahfi ayat 9)atau kamu mengira bahawa orang orang yang mendiami gua dan yang mempunyai raqim itu,mereka termasuk tanda tanda kami yang menghairankan?(al kahfi ayat 10)dan ingatlah kamu,tatkala pemuda pemuda itu mencari tempat berlindung kedalam gua lalu mereka berdoa "wahai tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisimu dan sempurnakanlah bagi kami pertunjuk yang lurus dalam urusan kami (surah al kahfi ayat 11)maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun lamanya didalam gua itu(surah al kahfi ayat 12)kemudian kami bangunkan mereka agar kami mengetahui manakah diantara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lama mereka tinggal didalam gua itu.
(al kahfi 16)dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain allah maka carilah tempat berlindung kedalam gua itu nescaya tuhan mu akan melimpahkan sebahagian rahmat nya kepada kamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu
(al kahfi ayat 17)dan kamu melihat matahari ketika terbit,condong dari gua mereka kesebelah kanan,dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu.
(al kahfi 18)kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka itu tidur dan kami balik balikkan mereka ke kanan dan kekiri,sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya dimuka gua.dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah hati kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.
(al kahfi 19)dan demikianlah kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya diantara mereka sendiri,berkatalah salah seorang diantara mereka "sudah berapa lamakah kamu berada disini?"mereka menjawab "kita berada disini sehari atau setengah hari"tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada disini.maka suruhlah salah seorang diantara kamu pergi kekota dengan membawa wang perakmu ini,dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik ,maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali kali menceritakan halmu kepada seseorang.(al kahfi ayat 20)sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu ,nescaya mereka akan melempar kamu dengan batu atau memaksa kamu kembali kepada agama mereka dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya.
(al kahfi 22)nanti ada orang yang akan mengatakan jumlah mereka adalah 3 orang,yang keempat adalah anjingnya,ada yang lain mengatakan"jumlah mereka adalah 5 orang dan yang keenam adalah anjingnya"sebagai tekaan terhadap barang yang ghaib dan yang lain lagi mengatakan "jumlah mereka 7 orang,yang ke 8 adalah anjingnya"katakanlah "tuhan ku lebih mengetahui jumlah mereka,tidak ada orang yang mengetahui bilangan mereka kecuali sedikit,kerana itu janganlah kamu bertengkar tentang hal mereka kecuali pertengkaran lahir saja dan kamu menanyakan tentang mereka yakni pemuda pemuda itu kepada seorang pun diantara mereka.(al kahfi 23)dan janganlah sekali kali kamu mengatakan terhadap sesuatu "sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi"(al kahfi 24)kecuali dengan menyebut "insya allah dan ingatlah kepada tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "mudah mudahan tuhanku akan memberikan aku pertunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.
(al kahfi 25)dan mereka tinggal dalam gua mereka 300 tahun lamanya dan ditambahi dengan 9 tahun lagi(al kahfi 26)katakanlah "allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal digua,kepunyaan allah lah semua yang tersembunyi dilangit dan dibumi.alangkah terang penglihatannya dan alangkah tajam pendengarannya ,tidak ada sebarang perlindungan pun bagi mereka selain daripadanya dan dia tidak mengambil seorang pun untuk menjadi sekutunya dalam menerapkan keputusan"
saya fikir banyak terdapat beberapa hadis rasulullah saw yang menyatakan berbagai fadhilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah al kahfi,diantaranya ialah sabda baginda yang diriwayatkan oleh al baihaqi dari abi said al khudri yang bermaksud :
sesiapa yang membaca surah al kahfi pada malam jumaat maka terpancarlah cahaya diantaranya dan baitullah
imam ahmad berkata yang daripada abi darda' yakni daripada nabi saw,baginda bersabda
sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah al kahfi maka terhindar daripada dajjal iaitu ayat dibawah ini
imam ahmad berkata,daripada abi darda' bahawa nabi saw bersabda
sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al al kahfi maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal iaitu ayat dibawah ini
daripada muaz ibnu anas al juhari,daripada bapanya,daripada nabi saw baginda bersabda
sesiapa membaca dari surah al kahfi maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhan ayat al kahfi maka jadilah baginya cahaya antara langit dan juga bumi
dan daripada umar bahwawa beliau berkata,rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud
sesiapa yang membaca surah al kahfi pada hari jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit,untuknya dihari kiamat dan diampunkannya antara 2 jumaat
selain dari itu ada sebuah lagi hadis menceritakan bahawa rasulullah bersabda yang bermaksud
sesiapa yang membaca surah al kahfi pada malam atau siang jumaat,maka diampun kan dosanya hingga jumaat akan datang,dan 70 ribu malaikat memohonkan rahmat kepada allah hingga waktu subuh dan dijauhkan allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta'un ,penyakit sopak dan dijauhkan dari fitnah dajjal
semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati allah dan berusaha mendekatkan diri kepada allah,hendaklah kita ingat dengan sabda nabi saw yang bermaksud
sesungguhnya allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi allah melihat batin (hati) kamu __________________
http://alhishamz.blogspot.com
dan saya juga ada menjual minyak wangi khusus untuk warga muslim , boleh layari website saya
http://allstarperfumes.com/asp |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mbhcsf at 29-7-2011 05:28
best thread ni
i likeeee...
surah al kahfi ayat 10 dan 17 tu pun best, sentimental sikit ...personal . |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...utk dikongsi:
Hasil kajian akhir zaman oleh saudara Imran Hossein...
Dzulqarnain Post at 30-7-2011 03:02
Jerusalem in the Quran pun best - saya suka analisis beliau terutamanya bila di - quote
40 days , 40 hours ....etc etc pandailah |
|
|
|
|
|
|
|
Jerusalem in the Quran pun best - saya suka analisis beliau terutamanya bila di - quote
...
mbhcsf Post at 30-7-2011 05:50
Kna bca "Dreams In Islam" utk xplain beberapa hadis yg digunakan dlm kajian tsbut...3-ruling-states. |
|
|
|
|
|
|
|
Kna bca "Dreams In Islam" utk xplain beberapa hadis yg digunakan dlm kajian tsbut...3-ruli ...
Dzulqarnain Post at 1-8-2011 15:02
bythe same author? ok...bilalaa i nak bace ni sibuk dok analyse data. |
|
|
|
|
|
|
|
bythe same author? ok...bilalaa i nak bace ni sibuk dok analyse data.
mbhcsf Post at 1-8-2011 17:10
Xpe, bole baca online version--> Dreams In Islam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# Dzulqarnain
eyyy...... bless you tengok content page pun dah best dah ...hahaha ok ok i kena finished up 17 sets of data ni...then balik rumah memalam boleh bace...thank you ya...u know i u sed to discuss this with some one of my distance past with a person - who has a beautiful life...and nice discussion |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# mbhcsf
So, apa pendapatan saudari? |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
sesapa baca surah akhir surah al-kahfi dari ayat 106-110 di malam hari sebelum tidur, insyallah Allah akan kejutkan dia pukul berapa dia nak bangun...(ambil dari buku doa-doa ustaz zahazan)
alhamdulillah, trans selalu biasakan diri baca surah al-kahfi hari jumaat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# Dzulqarnain
baru nak tengah tengah berjinak jinak cewah macam pigeons kat trafalgar je...hahahhahhahahhah
masih weng ....kesan kesan ....duduk berkurung sebulan ...menaip... |
|
|
|
|
|
|
|
uols, nak tanya, kita2 kalau dengar cd, atau mp3 ngaji surah kahfi, samakah pahalanya dgn membaca sendiri?
sbbnya, kalau baca sendiri takut ada salah tajwid tanpa sedar. kalau dgr mp3 tu, kita boleh expect si pembacanya sgt2 hebat tajwib, taranumnya .
lagi satu, kadangkala kita penat, jadi kalau dgr mp3, kita boleh dengar ulang kali....
kesimpulannya ai nak tanya, adakah mendengar bacaan al khafi pakai mp3 suatu bidaah? |
|
|
|
|
|
|
|
السلام عليكم
En Aureusium, pahala membaca al-Quran dengan mendengar bacaan al-Quran tak sama, bahkan ada hadith yang sebut bacaan al-Quran di dalam solat lebih pahalanya berbanding bacaan di luar solat, seterusnya mendengar bacaan orang lain lebih rendah daripada itu lagi. Walaubagaimanapun, tetap juga mendapat pahala.
Tetapi al-Quran mesti mendapat haknya sama ada dari sudut sebutan (makhraj) huruf, dan tajwid. Barulah beroleh pahala. Oleh itu mengaji tajwid al-Quran daripada mulut ulama' adalah satu kemestian supaya kenal mana yang betul dan mana yang salah.
kalau dunia moden hari ni, mp3 satu perkara biasa. dibaca pula oleh qari yang alim tentang bacaan al-Quran. kalau dengan tujuan/niat baik, insya Allah dapat pahala.. bahkan ia juga galakan kepada kita untuk mengaji al-Quran.
kesimpulannya ia bukan bidaah buruk (sai-yiah) tapi bidaah baik (hasanah) kerana walaupun kita guna mp3 sekalipun, hakikatnya kita mendengar bacaan al-Quran, ditambah pula dengan niat yang baik.
akan tetapi, walaupun demikian, tetap juga wajib ke atas kita untuk membaca al-Quran dengan tajwid yang betul. jadi tetap juga kita perlu belajar tajwid walaupun sudah ada mp3. |
|
|
|
|
|
|
|
uols, nak tanya, kita2 kalau dengar cd, atau mp3 ngaji surah kahfi, samakah pahalanya dgn membaca se ...
AuReusium Post at 4-9-2011 20:29
masih dapat pahala |
|
|
|
|
|
|
|
Pd pemahaman saya, surah al-kahfi menerangkan perkaitan antara:
- masa dan zaman
- ilmu dan ihsan |
|
|
|
|
|
|
|
surah al-kahfi ni bagus kalau kita dapat hafal.
bila dah hafal, baca setiap malam b4 tidur. sgt2 bagus.
kalau x hafal sklipun, baca tiap2 malam jumaat pun bagus.
kiranya malam jumaat tu elok baca surah yasin dan surah al-kahfi.
wallahua'lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
suka baca kat thread nie akan kelebihan surah al kahfi nie |
|
|
|
|
|
|
|
ada huruf Sin kecil yang terakhir pada ayat satu maksudnya apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat 60-82:
Perjalanan Nabi Musa a.s. dan Khidir a.s. dlm mencari ketaqwaan dan keimanan serta ilmuNya yg tiada penghujung.
Allah Maha Mengetahui... |
|
|
|
|
|
|
| |
|