CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Stanza Cinta Nurfathia

[Copy link]
Post time 29-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
GADIS bermata galak ini lebih banyak ditawarkan watak anak dara ayu bertudung dan ia sememangnya tidak langsung menepati ciri-ciri yang ada pada dirinya di dunia realiti.\rNamun tawaran berlakon tetap diterima atas dasar percaya ia adalah rezeki yang membantu menggerakkan  kerjaya seninya.\r\n\n\n\n\rSemua itu turut  diakui oleh pemilik nama berusia 24 tahun, Nur Fathia yang menempa nama dalam bidang seni layar dan sesungguhnya gadis punya senyuman manis ini pernah tersungkur seketika dalam perjalanan seni yang baru setahun jagung dilaluinya.\r\r\n\n\n\n\nMana tidaknya, pelakon drama Stanza Cinta ini pernah melemparkan telefon bimbit ke arah seorang pengarah di lokasi penggambaran, namun semua itu sudah dianggap satu pengajaran dan kutipan pengalaman yang harus diinsafi sebagai anak seni yang baru bertatih dalam dunia hiburan.\rBertemu empunya diri di satu majlis fesyen, The Blue Kebaya, baru-baru ini ternyata gadis berkenaan cukup bijak berkata-kata sesuai dengan dirinya sebagai pelajar jurusan undang-undang membuatkan sesi temuramah lancar.\rNur Fathia yang yang menampilkan dirinya sebagai gadis baik dan bertudung dalam Stanza Cinta, ternyata resah jika peminat terus-terusan menganggap dirinya seratus peratus sama dengan watak yang dibawakan itu.\rBermula daripada iklan syampu hinggalah kepada drama Dea Sofea, Laila Asyikin, Hani dan Hotel Hasanah, semuanya menuntut wanita bernama Nur Fathia Abd Latiff ini mengenakan tudung. \r\n\n\n\n\r“Secara jujurnya, saya di luar adalah berbeza dengan watak yang dibawakan. Kadang kala saya risau jika peminat tidak dapat menerima diri saya di luar kerana menganggap saya baik seperti watak yang dibawakan.\r“Saya harap peminat tidak terkejut dengan penampilan saya di luar lakonan kerana saya  berbeza ,” katanya berterus terang dan mengakui dia berperibadi  kasar dan suka  bercakap.\rDia mengakui kini  tidak lagi  berada dalam keadaan tertekan selepas isu yang membabitkan dirinya timbul  dan menganggap ia  sebagai pengajaran dalam melalui fasa kehidupan baru.\r“Membawa watak Amni bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan penghayatan dan perlu banyak bermain emosi. Saya masih dalam proses belajar dan saya rasa lakonan saya lebih baik dari sebelum ini.\r“Saya harap penonton dapat menilai lakonan saya setelah menonton keseluruhan episod dan barulah bakat saya dinilai ,” kata anak sulung daripada empat beradik ini ketika ditanya pandangan sesetengah pihak yang mengatakan lakonannya  kurang menjadi, namun menganggap teguran itu membantu melengkapkan kekurangan diri.\rTerbang ke Melbourne selepas Syawal\rTidak lekang dengan tawaran filem dan drama,  gadis yang akan membintangi filem Nasi Lemak 2.0  dari produksi China, berkata  filem itu akan menjalani penggambaran di Melbourne selepas Syawal.\r“Selepas raya, saya akan menjalani penggambaran di Melbourne dan berlakon di samping  Afdlin dan Reshmonu,” katanya yang kelihatan teruja berlakon di luar negara kerana menganggap ia akan membantu dirinya mengutip pengalaman sebagai pelakon baru. \rKata  gadis yang  mempunyai kalangan keluarga berlatar belakangkan bidang undang-undang ini, dia juga bakal  berlakon telefilem di bawah arahan Wan Hasliza .\r“Saya baru dapat skrip dan dalam belum ada judulnya lagi. Kali ini saya membawa watak yang tidak memerlukan saya memakai tudung,” katanya.\rDi sebalik kontroversi yang melanda dirinya, gadis yang menganggap bidang lakonan hanya  kerja sambilan pada mulanya ini tidak menafikan rezekinya semakin melimpah ruah dan dia mensyukuri segala nikmatnyang diberikan-Nya.\rBiarpun masih terlalu awal, tetapi apabila ditanya apa kebiasaan yang dilakukan ketika menyambut puasa danAidilfitri, Nurfathia berkata, sudah menjadi tradisi dalam keluarganya untuk pulang beraya di kampung halaman sama ada di Perak di sebelah ayahnya, mahupun Pulau Pinang di sebelah ibunya.\r“Keluarga saya amalkan pulang ke kampung berhari raya dan ia satu pengalaman berhari raya yang cukup menyeronokkan,” katanya yang memberitahu hidangan masakan Arab adalah hidangan wajib pada setiap Syawal.\r“Nasi Bukhari dan masakan Arab  pastinya hidangan wajib yang melengkapkan keindahan  Hari Raya kami,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053099 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list