View: 24290|Reply: 142
|
DAN HATI PUN BERKATA ( Update 18/8/2011, 1 PM )
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by NURRIEZ2u at 18-8-2011 13:13
Bab 1
"IRRA tak setuju!" Pantas Adirra menjerit. Lalu membawa diri ke tingkat dua bersama tangisan yang sudah bermula sejak Encik Malek suarakan hasratnya.
Adirra bukan lagi setakat merajuk seperti selalunya. Tetapi kali ini dia benar-benar rasa terkilan. Sudah tidak terluah dengan kata-kata akan kesedihan yang dialaminya. Keputusan yang diambil papanya sebentar tadi rupanya sudah dirancang sejak sekian lama tanpa pengetahuan Adirra sendiri. Diam-diam papanya merancang, langsung tidak bertanyakan pendapat Adirra terlebih dahulu. Adirra benar-benar terasa seperti dirinya tidak diperlukan lagi. Luluh hatinya sudah tidak terkira. Tergamak papanya membuat keputusan begitu yang jelas-jelas menghancurkan perasaan Adirra.
Kemudian pintu bilik juga menjadi mangsa Adirra. Dihempas sekuatnya tanpa berfikir panjang. Bunyi dentuman tentu saja sampai ke ruang tamu. Bukan setakat pintu, badan juga dilontar ke atas katil dengan kuat. Selepas itu Adirra mula teresak-esak. Hati Adirra jadi pilu sepilunya. Sudah tidak tergambar dengan kata-kata betapa Adirra kecewa ketika itu. Sampai sungguh hati papanya.
Di ruang tamu, masih berlangsung perbincangan antara Encik Malek dengan Encik Fuad dan Puan Rohani, sahabat yang tinggal berjiran buat sekian lama.
"Sabar sajalah Malek. Tak sampai ke mana rajuk Irra tu. Nanti tahulah kami memujuknya," ujar Puan Rohani bersungguh. Rancangan untuk menjodohkan teman baiknya dengan Encik Malek tidak boleh ditangguhkan lagi. Sudah lama Puan Rohani ingin melihat temannya menumpang senang Encik Malek. Janda beranak satu itu sudah lama hidup susah. Jadi apa salahnya kawannya menumpang senang Encik Malek.
"Kalau Irra tak boleh terima, saya tak nak paksa. Irra anak saya. Saya tak mahu dia bersedih hanya disebabkan perkara ini." Encik Malek kelihatan muram sejak mereka memulakan perbincangan lebih kurang sejam tadi. Dia seperti susah benar untuk membuat keputusan. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Serba salah Encik Malek jadinya. Dia sendiri sudah menjangkakan perkara tersebut bakal mendapat tentangan daripada Adirra. Adirra tentu saja tidak bersetuju dengan rancangan tersebut.
"Habis sampai bila pulak Malek nak menduda. Malek harus jugak fikirkan diri sendiri. Anak Malek tu dah besar panjang. Dah habis belajar pun. Apa lagi yang hendak dibimbangkan." Kali ini Encik Fuad pula tumpang bersuara memandangkan ada bibit kesalan di wajah teman baiknya, duda yang bertugas di salah sebuah syarikat hartanah.
"Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Dah buntu. Irra memang tak benarkan saya kahwin lain. Katanya kalau saya kahwin lagi, dia nak lari dari rumah. Nak tinggalkan saya." Keluh Encik Malek bersama wajah yang masih muram.
"Dia cuma mengugut Malek saja. Irra tu manja sangat. Malek beri muka dengan dia sebab itu Irra jadi begitu," kata Puan Rohani lagi.
Encik Malek lihat pasangan suami isteri itu saling bergilir. Jelas masing-masing begitu mengharap kata putus daripadanya. Kata putus yang boleh menggembirakan semua pihak tetapi tidak buat Adirra, anak tunggal dan anak kesayangannya.
Encik Malek mengeluh panjang selepas itu. Hendak ditolak, pihak perempuan dikatakan sudah membuat segala persiapan. Hendak diteruskan, Encik Malek bimbangkan pula perasaan anak kesayangan. Serba salah jadinya.
"Entahlah… serba salah saya dibuatnya. Sepatutnya saya tak perlu beri kata setuju awal-awal lagi kalau keadaan akan jadi begini!" keluh Encik Malek lagi.
"Tak perlu rasa serba salah, Malek. Ini untuk masa tua Malek juga. Malek perlukan teman nanti! Lagipun Irra sendiri tentu akan berumah tangga dan akan ikut suaminya. Mustahil pula Irra akan tinggal bersama dengan Malek untuk selamanya. Baik Malek fikir baik-baik," tokok Encik Fuad dengan bersungguh lagi.
Encik Malek masih rasa serba salah. Dia begitu sayang anaknya itu. Dia terima cadangan temannya untuk berkahwin juga kerana memikirkan Adirra yang mungkin memerlukan kasih sayang seorang ibu. Encik Malek hanya fikirkan anaknya itu saja. Kalau tidak, dia rela bersendirian sehingga akhir hayatnya.
"Tak usahlah fikir apa-apa lagi Malek. Teruskan sajalah rancangan kita. Saya percaya, lambat laun Adirra akan terima juga." kata Encik Fuad sebelum mengakhiri perbualan mereka hujung petang itu. Harap-harap usaha memujuk itu tidak akan sia-sia. Berharap juga semua yang dirancang akan berjalan seperti biasa sekalipun ada halangan dari pihak Adirra.
Sebaik sahaja Encik Fuad dan Puan Rohani beredar, Encik Malek terus ke bilik Adirra. Dia ingin berbicara dari hati ke hati. Dia juga sedar Adirra tidak mudah dipujuk, tetapi Encik Malek harus menerangkan keadaan sebenarnya. Dia tidak mahu Adirra terus-terusan salah faham dan fikirkan perkara bukan-bukan. Walapun Adirra suda mencecah usia 21 tahun, tetapi pemikirannya masih belum matang dan keanak-anakkan. Mungkin kerana Encik Malek menatang Adirra bagai minyak yang penuh membuatkan Adirra bersikap begitu.
"Irra, papa minta maaf, bukan maksud papa hendak melukakan perasaan Irra. Papa lakukan semua ini hanya semata-mata untuk Irra!" kata Encik Malek perlahan. Berusaha untuk menerangkan segalanya dengan baik sekali.
"Papa kahwin sebab Irra? Papa cakap apa ni? Kalau papa yang nak kahwin sangat, tak perlulah papa libatkan Irra," marah Adirra.
"Irra, dengarlah dulu cakap papa ni," |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Tak perlu papa, Irra tak nak dengar apa-apa penjelasan lagi. Papa dah buat hati Irra betul-betul terluka. Irra tak sangka papa! " Adirra tekap telinganya dengan bantal. Dia tidak mahu lagi mendengar apa-apa. Buat Adirra, semuanya tidak penting lagi.
"Irra, dengarlah dulu penjelasan papa. Papa tak mahu Irra salah faham. Papa buat ni semuanya sebab Irra. Sebab papa hanya fikirkan keperluan Irra." Encik Malek masih berusaha memujuk anak kesayangannya.
"Irra tak nak dengar apa-apa. Papa dah tak sayangkan arwah mama. Papa juga dah tak sayangkan Irra. Kalau papa nak kahwin, itu terpulanglah pada papa! Irra tak ambil tahu semua tu!" tegas Adirra kemudiannya.
Encik Malek mengeluh panjang. Dia hanya mampu melihat Adirra yang masih teresak-esak selepas itu. Sekalipun Adirra membantah dengan keras, Encik Malek terpaksa meneruskan juga rancangannya. Dia sudah berjanji. Mustahil dia memungkirinya.
Beberapa hari kemudiannya, Adirra langsung tidak bercakap dengan papanya. Dia tunjuk perasaan habis-habisan. Walaupun Adirra sedar, semuanya tidak akan merubah keputusan papanya, dia tetap juga berkeras tidak membenarkan papanya kahwin semula. Dia tidak sanggup untuk memiliki seorang ibu tiri dan tiada siapa yang boleh mengambil tempat arwah mamanya. Bagi Adirra, papanya hanya milik dia dan arwah mamanya saja.
"Sudahlah tu, janganlah disebabkan perkara tu, Irra bermasam muka dengan papa Irra. Tak baik tau tak bermasam muka dengan orang tua. Berdosa besar! Lagpun apa salahnya papa Irra kahwin lagi. Sekurang-kurangnya ada juga yang menjadi teman papa Irra nanti. " Pujuk Zafril ketika dia dan Adirra berbuai di buaian besi di halaman rumah Adirra. Kebiasaannya mereka akan begitu. Berbuai di buaian besi saban petang. Kalau tidak Zafril yang tua tiga tahun daripada Adirra akan membawa Adirra bersiar-siar selepas waktu kerjanya.
"Tapi Irra tak suka. Irra tak suka ada orang luar yang masuk ke dalam keluarga Irra. Awak faham tak Irra tak suka?" Adirra masih lagi dengan keputusannya. Tidak akan berganjak walau sedikitpun.
"Irra, janganlah pentingkan diri sendiri. Papa Irra pun inginkan kebahagiaan. Sampai bila dia hendak hidup sendiri?" Zafril masih berusaha memujuk. Tahu anak manja seorang ini suka benar dipujuk-pujuk. Anak manjalah katakan…
"Awak ni kenapa Zafril? Sokong sangat papa Irra nak kahwin ni kenapa? Mak Cik Ani dengan Pak Cik Fuad yang suruh pujuk Irra? Kalau macam tu, jangan harap Irra nak setuju! " tegas Adirra dengan perasaan marah. Geram betul dia bila Zafril turut sama menyokong keputusan papanya.
"Mak dan ayah tak suruh pun. Saya yang nak Irra buka fikiran. Melihat masa depan papa Irra. Sampai bila dia nak hidup sendirian? Dia juga perlukan seorang teman untuk berkongsi suka dan duka. Irra kena sedar semua tu," jawab Zafril. Walaupun dia faham benar, Adirra bukanlah jenis manusia yang boleh mendengar nasihat tetapi fikir Zafril dia perlu juga memberi sedikit nasihat buat Adirra.
"Irra bukan ke ada. Selama ni boleh aje tinggal dengan Irra, kenapa sekarang pulak sibuk timbulkan pasal nak kahwin?" marah Adirra.
"Sampai bila? Sampai bila Irra nak tinggal dengan papa Irra? Irra tak nak kahwin? Tak nak ada keluarga sendiri?" soal Zafril sambil menjeling manja. Harap-harap Adirra akan faham dengan kata-katanya.
Adirra terdiam. Berfikir sejenak.
"Sekalipun Irra kahwin, Irra akan tinggal dengan papa jugak!’ tegas Adirra selepas itu.
"Yalah tu, kalau kahwin dengan jiran sebelah rumah bolehlah cakap. Buatnya jodoh Irra dengan orang jauh macam mana? Nak ke suami Irra tu tinggal dengan papa Irra?" Zafril tersenyum pula. Sudah lama dia menyimpan angan-angan untuk hidup bersama Adirra satu masa nanti. Cuma ruang waktu yang belum mengizinkan untuk dia meluah rasa.
"Irra akan letak syarat, kalau nak kahwin dengan Irra kena tinggal dengan papa Irra!" tegas Adirra.
"Kalau tak nak macam mana?"
"Jangan jadi suami Irra!"
"Hmm, susahnya bercakap dengan budak yang tak matang ni…" keluh Zafril sambil melirik manja.
"Nasiblah!" balas Adirra perlahan
"Kalau saya, saya tak nak tinggal dengan ayah mertua. Susah! Tak bebas!" kata Zafril sambil tergelak kecil.
"Apa pulak susahnya…"
"Yalah… kalau dah duduk dengan mertua, memanglah tak bebas. Tak boleh nak buat sesuka hati, sebab itu, kalau kahwin nanti, saya nak tinggal rumah sendiri. Rumah mertua tak nak, rumah keluarga saya pun tak nak. Saya nak hidup bersama isteri saya saja!"
"Irra tak kira, kalau nak kahwin dengan Irra kena tinggal dengan papa Irra jugak. Tak kira!"
"Hmm, siapalah lelaki malang dan tak berupaya tu!" Zafril menjeling Adirra.
"Tak tahulah siapa, tapi rasanya orang sebelah rumah Irra kut!" kata Adirra. Dia juga menjeling Zafril.
"Aduhai… tak boleh nak cakap apalah kalau dah macam tu. Nak tak nak kena duduk dengan ayah mertua jugaklah jawabnya!" Zafril buat-buat mengeluh tetapi dia cukup senang hati kerana berjaya buat Adirra kembali tersenyum.
Wajah Adirra yang ceria langung bertukar masam semula sebaik sahaja kereta Encik Malek memasuki halaman rumah. Tiba-tiba saja perasaannya kembali kepada keadaan asal. Marah Adirra terbangkit semula.
"Sudahlah tu, tak payahlah nak bermasam muka lagi. Tak baik tau!" pujuk Zafril bila melihat wajah Adirra begitu.
Adirra tidak peduli. Dia tetap masamkan mukanya.
"Assalamualaikum pak cik!" sapa Zafril mesra ketika Encik Malek melintasi mereka.
"Waalaikumusalam…" jawab Encik Malek.
Adirra terus pandang tempat lain. Tidak mahu melihat wajah papanya. Nanti yang terpandang hanyalah kelukaan dan kehampaan. Jadi Adirra rela pandang tempat lain. Encik Malek betul-betul terasa dengan sikap Adirra itu, namun dia sudah tidak boleh berbuat apa. Hanya mampu menahan perasaan hampa. Hampa kerana niat baiknya disalah ertikan Adirra sendiri.
"Pak cik masuk dulu!" kata Encik Malek perlahan. Dia tidak mahu menunggu lama di situ. Tiada apa yang boleh dia lakukan lagi.
"Emm…" Zafril anggukkan kepalanya kemudian pandang saja wajah Adirra.
"Bilalah awak ni nak berubah. Cubalah matang sikit. Kasihan saya tengok papa awak tu. Awak tak kasihan tengok dia?" soal Zafril.
Adirra diam juga. Sebenarnya bukan dia tidak kasihan melihat papanya hidup sendirian selama berbelas tahun ini, tetapi dia tidak mahu berkongsi kasih papanya dengan sesiapa. Dia benar-benar tidak sanggup untuk berkongsi kasih papanya dengan orang lain.
"Bertolak ansurlah sikit Irra. Bukan susah manapun. Tak luak kasih sayang papa awak tu kalau dia kahwin lain! Awak tetap anak kesayangan dia sampai bila-bila!"
"Awak cakap memang senang. Cuba kalau awak sendiri di tempat saya…" kata Adirra dengan nada marah berbaur kesal.
"Kalau saya, saya akan beri peluang untuk ayah saya. Saya tak akan masuk campur dalam urusan kehidupan ayah saya. Apa yang penting, saya nak ayah saya hidup bahagia. Itu saja!" tegas Zafril.
"Awak boleh cakap macam tu sebab awak belum rasa lagi apa yang saya rasa." Marah Adirra. Suaranya sudah kuat. Gagal untuk mengawal perasaan.
Zafril mengeluh panjang selepas itu. Usaha memujuk Adirra nampaknya bakal gagal. Bukan mudah untuk dia melembutkan hati Adirra yang memang sejak azali keras itu. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita best..update lagik..update lagik' |
|
|
|
|
|
|
|
nice story... sambung cepat2 ya |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 2
"Irra, kenapa tak siap lagi ni?" soal Encik Malek bila melihat Adirra masih tidak bersiap-siap. Sedangkan majlis akad nikah bakal berlangsung sedikit masa lagi.
Adira diam. Malas nak menjawab. Dia hanya melihat TV yang terletak di ruang tamu bersama perasaan hampa dan kecewa. Kecewa sungguh dia bila papanya masih bertegas untuk meneruskan rancangan tersebut.
"Irra, cepatlah siap. Papa tunggu Irra ni!" pujuk Encik Malek lagi. Sesekali dia betulkan duduk sampingya. Namun mata masih melihat Adirra yang masih tidak bergerak-gerak.
"Irra!" panggil Encik Malek lagi.
"Papa pergilah ajelah. Tak perlulah nak tunggu Irra!" jawab Adirra kasar. Sudah tidak mampu untuk mengawal perasaan.
"Janganlah buat papa macam ni…" Encik Malek pujuk juga anak kesayangannya itu. Dia mahu Adirra hadir sama menyaksiakan majlis pernikahannya. Tanpa kehadiran Adirra, majlis itu tidak bermakna lagi.
"Irra tak nak pergi!" Adirra bertegas.
"Tolonglah papa Irra. Papa nak Irra hadir sama dalam majlis tu."
Mata Adirra jadi merah. Payah untuk dia melihat papanya dalam keadaan begitu. Berbaju Melayu warna merah hati dan bersamping hitam keemasan. Sebagai anak rasa sudah tidak boleh untuk berhadapan dengan kenyataan. Sekejap lagi papanya bakal diambil orang. Dan rumah yang di huni mereka berdua buat sekian lama bakal bertambah dengan ahli baru. Sekaligus kasih sayang papanya juga bakal dikongsikan dengan orang lain. Luluh hati Adirra memikirkan semua itu.
"Papa nak pergi dengan Irra. Siaplah cepat!" Encik Malek seperti merayu. Berharap sangat Adirra akan berubah fikiran.
"Kalau Irra tak ada, papa pun nikah jugak bukan? Jadi tak payahlah susah-susah fikirkan Irra. Papa pergi ajelah!" jawab Adirra dengan kasar bersama perasaan sedih. Sedih sangat-sangat.
"Irra, janganlah macam ni. Jangan buat papa sedih dan rasa serba salah." Pujuk Encik Malek lagi.
"Papa saja yang sedih? Jadi Irra ni suka sangatlah? Papa tengah tengok Irra suka hati ke sekarang ni?" soal Adirra. Suaranya juga sudah lantang. Dia sudah tidak peduli.
"Irra, kenapa kurang ajar sangat ni?" Encik Malek mula berang. Sebelum ini Adirra tidak pernah bersikap begitu. Jarang sekali dia menuturkan kata-kata yang tidak menyenangkan.
Adirra berlari ke biliknya dan menangis terus. Bertambah-tambah lagi rasa sedihnya bila mendengar suara papanya begitu. Sudah nampak benar papanya tidak sayang lagi dengannya. Belum apa-apa lagi papanya sudah tinggikan suara.
"Kita pergi sajalah, Malek. Jangan kisahkan si Irra tu. Kalau ikutkan cakap dia, sampai subuh esokpun kamu tak nikah." desak ibu Encik Malek, Hajah Maimon. Mereka yang datang sejak semalam lagi untuk menghadiri majlis pernikahan dan majlis persandingan Encik Malek, turut sama gagal memujuk Adirra.
"Yalah bang, jangan diikutkan sangat perangai dia tu. Manja tak bertempat. Cakap dia saja yang kita kena ikut. Dah besar panjang pun masih tak tahu nak guna akal." Bebel kakak Encik Malek pula.
"Itulah, dimanjakan sangat. Tengok sekarang apa dah jadi. Makin melampau-lampau perangai si Irra tu. Langsung tak boleh ditegur!" Hajah Maimon berleter pula. Sudah tidak tahan dengan perangai Adirra yang semakin melampau itu.
Encik Malek diam saja. Hanya melihat wajah ibu dan kakaknya dengan perasaan serba salah. Dia sendiri tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
"Tulah, orang lain sayang anak jugak. Tapi taklah dimanjakan begitu sekali." Sambung kakak Encik Malek.
"Irra jadi macam tu salah kamu Malek. Kamu tu yang tak pandai didik anak. Sepatutnya kamu dah kahwin sejak dulu lagi. Masa dia kecik lagi. Taklah jadi macam sekarang." Tokok Hajah Maimon bersama geram.
"Mak, Irra tu saja satu-satunya anak saya. Mestilah saya sayangkan dia." Encik Malek membela diri.
"Ya, mak tahu. Memang dia satu-satunya anak kamu dan satu-satunya cucu mak. Tapi kita tak boleh manjakan dia keterlaluan. Rosak dia jadinya. Sedangkan Irra sajalah harapan mak selama ini. Hah! Nak harap kakak kau beranak memang tak boleh! Dah sah mandul!" kata Hajah Maimon sambil pandang muka Encik Malek.
"Dah,dah mak. Jangan nak panjangkan cerita. Baik kita bertolak sekarang. Jangan disebabkan cucu kesayangan mak, majlis ni tak jadi pulak!" desak kakak Encik Malek. Dia sendiri rimas bila emaknya suka benar mengungkit perihal dirinya.
Bersama perasaan berat, Encik Malek melangkah keluar dari rumah.
"Ani, boleh tolong pujuk Irra? Dia masih berdegil tak nak ikut sekali." Pinta Encik Malek kepada Puan Rohani yang menanti di luar rumah.
Puan Rohani anggukkan kepalanya lambat. Puan Rohani sendiri sedia maklum akan perangai Adirra, jadi Puan Rohani tidak menaruh sebarang harapan untuk memujuk Adirra. Namun dia terpaksa mencuba juga demi Encik Malek.
Bersama langkah tergesa-gesa, Puan Rohani masuk ke dalam rumah Encik Malek. Terus ke bilik Adirra. Kalau tidak di dalam bilik, di mana lagi hendak Adirra menyembunyikan diri.
"Kenapa Irra tak siap lagi ni? Kejap lagi majlis pernikahan papa Irra bakal berlangsung. Irra tak nak tengok papa Irra nikah? Janganlah ikutkan sangat perasaan Irra. Tak baik macam tu," pujuk Puan Rohani sebaik sahaja tiba di muka pintu bilik Adirra. Melihatkan keadaan Adirra begitu, Puan Rohani percaya, dia bakal gagal memujuk Adirra. |
|
|
|
|
|
|
|
"Irra tak nak pergi. Mak cik pergi sajalah. Tak payahlah susah-susah nak pujuk Irra. Keputusan Irra muktamad!" Adirra masih tidak berganjak dengan keputusannya. Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan menghadiri majlis pernikahan papanya. Biarlah…!
"Mana boleh macam tu. Hari ini hari paling bermakna dalam hidup papa Irra. Irra mesti ada sama. Nanti apa pulak kata papa Irra," pujuk Puan Rohani lagi.
Cakap-cakap Puan Rohani menambahkan lagi sebak di dada Adirra. Hari paling bermakna dalam hidup papanya? Begitu bermaknakah hari ini berbanding dengan hari-hari yang pernah mereka lewati bersama?
"Tak apalah, papa faham nanti. Mak cik pergilah cepat. Bukankah mak cik orang penting dalam majlis tu. Nanti tak menjadi pulak kalau tak ada mak cik." Adirra menyindir. Sengaja Adirra hendak menyakiti hati Puan Rohani. Manalah tahu dengan cara begitu jirannya itu akan cepat beredar. Tidak lagi memujuk Adirra. Adirra sudah rimas dengan semuanya.
Puan Rohani mengeluh panjang. Dia terus beredar selepas itu. Dia sedikit kecewa kerana gagal memujuk Adirra tetapi apa lagi yang boleh dia lakukan.
"Irra tak pergi. Dia suruh kita pergi," kata Puan Rohani kepada Zafril yang sudah menanti di dalam kereta.
"Irra ni memang nak cari pasal." Zafiril cuba keluar dari kereta.Sudah hilang kesabaran Zafril dengan tingkah laku Adirra tapi di halang oleh Puan Rohani.
"Biarlah. Tak guna kita pujuk. Dia tu memang keras hati. Baik kita pergi ajelah. Nanti terlepas pula majlis tu!" kata Puan Rohani lagi.
Walaupun Zafril rasa sangat marah kepada Adirra, tetapi dia terpaksa menurut kata-kata emaknya. Kalau ikut kata hati Zafril, memang dia heret saja Adirra.
Suasana dalam masjid kelihatan sangat tenang. Beberapa kenalan serta saudara mara dari kedua-dua belah pihak sedang menanti majlis berlangsung. Sementara itu Encik Malek masih menantikan Adirra. Jauh di sudut hatinya, dia tetap berdoa, mudah-mudahan akan terbuka pintu Adirra untuk hadir. Dia mahu Adirra memahami niat baiknya. Dia mahu Adirra menerima keputusannya itu dengan fikiran yang terbuka dan matang. Benar-benar Encik mengharapkan pengertian daripada Adirra.
Namun sebaik sahaja melihat Zafiril masuk bersama Puan Noraini tanpa Adirra, Encik Malek jadi cemas.
"Mana Irra?" soal Encik Malek sebaik sahaja Zafril duduk bersebelahan dengannya.
"Emak gagal pujuk Irra. Irra tetap tak nak datang!" beritahu Zafril bersama wajah sugul.
"Mana boleh macam ni. Pak cik nak Irra tengok pak cik nikah. Zafril tolong pergi panggil dia," arah Encik Malek bersama wajah muramnya.
Zafril jadi serba salah. Wajah Encik Malek ditatap dengan perasaan berbelah bahagi. Apa lagi dayanya untuk memujuk Adirra. Tahu Adirra itu jenis degil yang bagaimana. Dipujuk bagaimana sekalipun, pastinya dia tidak akan hadir majlis pernikahan tersebut. Zafril faham benar. Segala usaha memujuk pastinya akan menemui kegagalan.
"Sudah tu Malek, tak payahlah tunggu Irra. Dia tak akan datang. Nanti sebab dia, kerja baik ni bertangguh lagi. Imam tu bukan nak nikahkan Malek seorang. Ada lagi pasangan lain yang nak nikah hari ni," pujuk Encik Fuad.
Terpaksa juga Encik Malek mengalah sekalipun hatinya terasa sangat berat.
Puan Umi nampak dengan jelas wajah Encik Malek tidak begitu ceria. Dia langsung tidak nampak kegembiraan pada wajah bakal suaminya itu. Hatinya mula berdetik dengan perlbagai persoalan. Disamping itu, perasaan Puan Umi juga tidak begitu senang melihat keadaan seumpama itu. Bagi Puan Umi dia mengharapkan perkahwinannya ini akan membahagiakan kedua belah pihak.
"Kenapa Ani? Ada masalah ke?" tanya Puan Umi kepada Puan Rohani bila melihat keadaan Encik Malek yang nampak betul-betul tidak gembira.
"Tak ada apa-apa. Cuma pasal bakal anak tiri Umi saja. Dia tak nak datang majlis ni, jadi Malek rasa keberatan sikit!" beritahu Puan Rohani.
"Kenapa dia tak datang? Dia tak setuju dengan pernikahan ini ke?" soal Puan Umi lagi. Dia sendiri kurang senang mendengar berita tersebut. Sedangkan dari cerita teman baiknya itu, Encik Malek begitu sayangkan anaknya.
"Biasalah…, Ah! Umi jangan bimbanglah. Budak tu bukan penting sangat. Sekadar anak tiri saja. Jangan fikir apa-apalah!" pujuk Puan Rohani.
"Mana boleh macam tu. Mana boleh tak penting. Perkahwinan ni ibarat menyatukan dua buah keluarga. Kalau ada yang tak suka, pasti timbul masalah nanti!" kata Puan Umi bersama wajah kecewanya.
"Nak buat macam mana Umi. Bakal anak tiri Umi tu keras kepala. Nanti-nanti Umi akan tahulah perangai sebenar bakal anak tiri Umi tu!" kata Puan Rohani lagi.
Puan Umi mengeluh panjang selepas itu. Tidak tahu bagaimana rumah tangga yang bakal dibina nanti. Sudah ada tanda-tanda masalah bakal timbul.
"Dahlah, jangan fikir sangat perkara tu…" Puan Rohani masih berusaha untuk memujuk Puan Umi. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....bapakku kawen lagi.....
bagilah irra... bapak tu muda lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ni dari blog Dr. Love kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by NURRIEZ2u at 1-8-2011 17:59
Reply 8# zeeghaz
Dr love? ini enovel saya. Dr Love sapa lak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 3
Sudah tiga hari majlis perkahwinan Encik Malek berlangsung. Bermakna sudah tiga hari Adirra tidak berjumpa papanya. Majlis perkahwinan yang dikatakan berlangsung di rumah keluarga perempuan juga tidak Adirra hadiri. Langsung tidak mahu ambil tahu juga.
Beberapa hari ini Adirra hanya berendam air mata. Saban waktu menangis. Makan tidak, sesekali hanya meneguk air kosong. Kemudian ke bilik semula menyambung tangisnya. Menyambung kesedihannya. Belum pernah dia rasa begitu sedih. Seolah-olah semuanya sudah berakhir.
Hari ke empat, Encik Malek tiba di rumah. Dia terus mencari Adirra. Namun Adirra menguncikan diri di dalam biliknya.
"Irra, keluarlah. Janganlah macam ni. Kejab lagi Mak Cik Umi nak datang." Encik Malek bersuara di luar pintu bilik.
Air mata Adirra makin membasahi bantal. Makin menjadi rasa pilunya bila di khabarkan dengan berita begitu.
Terus Adirra bangun. Dicapai tuala dan ke bilik air yang terletak di dalam biliknya. Dia akan keluar selepas ini. Bawa diri ke mana saja. Dia tidak akan menyambut ibu tirinya. Sama sekali tidak.
Selesai bersiap, Adirra terus keluar dari biliknya.
"Irra nak ke mana ni?" tanya Ecik Malek bila melihat Adirra seperti hendak keluar. Sudah beberapa hari tidak melihat anak kesayangannya itu.
Adirra diam. Pandang wajah papanya juga tidak.
"Janganlah keluar. Hari ni Mak Cik Umi dengan Natrah nak pindah sini." Adirra diam juga. Terus melangkah keluar tanpa menghiraukan kata-kata ayahnya.
Waktu tiba di muka pintu, air mata Adirra kembali mengalir. Sudah tidak tergambar kesedihannya. Rumah yang selama ini hanya di diami mereka berdua bakal bertambah lagi dengan dua orang penghuni. Bermakna mereka akan berkongsi banyak perkara. Bukan papa Adirra saja yang hendak mereka kongsi bahkan segalanya. Jiwa Adirra mula membentak-bentak. Sudah tidak boleh mengawal perasaannya.
Encik Malek berkejar untuk menghalang Adirra.
"Janganlah macam ni. Nanti apa pulak kata Mak Cik Umi." Pujuk Encik Malek bersungguh.
"Apa kata Mak Cik Umi? Habis apa kata Irra pernah papa tanya? Pernah papa jaga? Nampaknya papa lebih utamakan perasaan orang lain daripada perasaan anak papa!" kata Adirra bersama juraian air mata.
"Bukan begitu…" kata Encik Malek dengan rasa serba salah. Nampaknya perasaan Adirra benar-benar sudah terluka.
"Irra tahu papa dah tak sayangkan Irra lagi!" kata Adirra separuh kuat. Sudah tidak boleh mengawal perasaan.
"Siapa cakap papa tak sayang Irra? Papa sayangkan Irra sampai bila-bila. Kasih sayang papa pada Irra sikit pun tak terkurang."
"Kalau papa sayang Irra, kenapa papa kahwin jugak? Itu dah buktikan papa memang tak sayang Irra lagi!"
"Papa buat semua ni semata-mata untuk Irra!"
"Tidak! Papa tak perlulah nak cakap apa-apa lagi. Irra tak dengar alasan karut papa!" Tegas Adirra. Dia terus melangkah pergi. Dia tidak akan menyambut ibu tiri serta saudara tirinya sekalipun bersungguh papanya merayu.
Encik Malek hanya mampu berdiri sudahnya. Melihatkan Adirra yang kian menjauh. Keras sungguh hati anaknya itu. Sedikitpun tidak membuka ruang untuk menerima kehadiran ibu tirinya.
Sehingga tiba waktu makan malam, Adirra tidak muncul juga. Puan Umi jelas kecewa. Bertungkus lumus dia di dapur menyediakan makan malam pertama mereka dengan harapan mendapat sedikit perhatian anak tirinya itu. Namun sampai sudah Adirra tidak juga pulang-pulang.
"Kita makanlah dulu, mungkin dia balik lewat." Encik Malek juga jelas kecewa dengan sikap Adirra.
"Kita tunggu sajalah dia, lagipun saya masih belum lapar," kata Puan Umi bersungguh. Dia tidak mahu anak tirinya pulang waktu mereka sedang makan.
Encik Malek cuba menghubungi Adirra, namun ternyata gagal. Sudah beberapa kali dia berusaha namun Adirra seolah-olah tidak mahu diganggu.
"Tak payahlah kita tunggu dia." Akhirnya Encik Malek beri kata putus. Dia melangkah perlahan menuju meja makan.
Natrah yang sejak tadi kurang senang dengan apa yang berlaku turut melangkah menuju meja makan dengan wajah masam. Seperti istimewa benar perempuan yang bernama Adirra itu sehingga semua orang harus memberi perhatian lebih kepadanya. Sedang Natrah sendiri tidak siapa yang peduli. Seperti dia tidak ujud langsung di tengah-tengah keluarga tersebut. Hatinya sudah berdetik-detk dengan rasa marah.
"Hmm…macam mana dengan temuduga. Okey?" soal Encik Malek kepda Natrah ketika mereka mula menjamah makan malam.
"Emm, okey. Ada kawan Natrah tolong," beritahu Natrah dengan sedikit bangga. Rasanya bolehlah dia bermegah sedikit dengan jawatan yang berjaya dipohonnya.
"Kalau tak ada orang dalam, mungkin susah jugak. Maklumlah yang memohon bukannya sikit. Hampir seratus orang. Yang diperlukan ada cuma tiga kekosongan," tokok Natrah dengan rasa lebih bangga lagi.
"Itu rezeki namanya," kata Encik Malek sambil tersenyum melihat Natrah. Senang dengan sikap Natrah yang sedia menerima dirinya sebagai bapa tiri. Langsung tidak seperti Adirra yang susah benar hendak menerima Puan Umi. |
|
|
|
|
|
|
|
"Bila mula kerja?" soal Puan Umi turut menumpang gembira. Rezeki anaknya dapat menyertai syarikat besar dalam bidang pengangkutan. Tentu saja pendapatan anaknya bakal lumayan juga. Seribu dua mungkin dalam tangan.
"Esok mama, Zafril sedia tumpangkan Natrah. Kata Zafril laluan kami sehala," Nampak Natrah sangat bersemangat. Wajahnya cukup ceria ketika bercerita.
Puan Umit berubah wajah. Tahu Zafril itu amat rapat dengan Adirra. Puan Rohani sendiri selalu bercerita tentang keakraban Zafril dengan anak tirinya. Bimbang nanti masalah bakal timbul.
"Natrah tak boleh pergi naik bas? Nanti menyusahkan Zafril saja." Puan Umi cadangkan sesuatu.
"Zafril yang bersungguh pelawa, nanti kalau Natrah tolak apa pulak kata dia. Bukan kita tak tahu Zafril tu kuat merajuk," jawab Natrah memandai sendiri. Macamlah dia tahu benar sikap Zafril.
Encik Malek juga sudah terasa-rasa. Tahu Adirra amat menyayangi Zafril lebih dari seorang kawan. Kalau Natrah sudah menumpang Zafril, keadaan bakal menjadi lebih keruh. Adirra itu susah untuk menerima penjelasan orang. Keras hatinya tidak boleh dilembut-lembutkan dengan mudah.
Namun dalam hal ini Encik Malek tidak mahu masuk campur juga. Sekalipun melibatkan anak kesayangannya, soal dunia orang muda Encik Malek kira sebagai orang yang lebih tua, dia hanya boleh menjadi penasihat sahaja. Selebihnya pandai-pandailah mereka mencari jalan penyelesaian sendiri.
Ketika mereka makan dan berbual-bual, masa itulah Adirra sampai. Hati Adirra bertambah marah melihat kemesraan papanya dengan isteri baru serta anak tiri papanya. Cemburu betul dia.
"Irra, mari makan sekali," panggil Puan Umi ketika terlihat Adirra hendak memijak anak tangga.
Adirra tidak menjawab. Menoleh pun tidak. Hatinya betul-betul sakit.
"Irra!" giliran Encik Malek pula melaung, namun Adirra tidak peduli juga. Terus ke bilik.
Di dalam bilik Adirra terus menangis. Tidak boleh di tahan-tahan lagi. Bertimpa-timpa rasa sedihnya. Sudah tidak tertanggung lagi.
Selesai makan, terus Encik Malek ke bilik Adirra. Ingin mencari ruang bicara antara dia dan Adirra.
"Irra, kenapa buat papa macam ni? Malu papa dengan Mak Cik Umi dan jugak Natrah. Mereka berdua betul-betul nak jumpa Irra." Kata Encik Malek perlahan.
"Buat apa Irra nak jumpa mereka?" soal Adirra kasar.
"Yalah, bukankah mereka sudah menjadi ahli keluarga kita. Mestilah saling mengenali antara satu sama lain!"
"Mereka bukan ahli keluarga Irra. Mereka ahli keluarga papa saja. Tak ada kena mengena dengan Irra!" Adirra terus tarik selimut untuk menutup kepalanya.
"Suka hati Irralah!" kata Encik Malek. Sudah bosan melayan sikap degil Adirra itu.
Encik Malek terus keluar dari bilik Adirra. Dia ke ruang tamu tingkat 2 di mana Puan Umi dan Natrah sudah sedia menunggu.
Melihatkan hanya Encik Malek saja yang muncul, tahulah Puan Umi, Adirra masih tidak mahu berjumpa dengannya.
"Maaflah Umi…" kata Encik Malek perlahan bersama wajah kecewanya. Sudah tidak tahu untuk memberi alasan apa-apa.
"Tak apalah bang. Kita beri dia masa. Mungkin dia masih tidak boleh menerima kenyataan lagi." pujuk Puan Umi pula. Tetapi dia benar-benar terasa. Nampak seperti kehadirannya benar-benar tidak diterima.
"Harap Umi boleh bersabar dengan sikap Adirra. Dia memang abang manjakan sejak kecil. Apa saja kemahuannya abang tak pernah tolak. Jadi, dia agak manja sedikit," jelas Encik Malek tentang perangai Adirra.
"Umi faham bang. Lagipun dia memang anak kesayangan abang. Jadi tidak hairanlah dia mendapat perhatian daripada abang. Abang jangan bimbang, Umi akan berusaha untuk mendekati Irra." Janji Puan Umi dengan ikhlas.
"Terima kasih Umi. Senang sikit bila dengar Umi cakap macam tu. Memang dia anak kesayangan abang. Itulah satu-satunya harta yang abang ada di dunia ni!" ucap Encik Malek dengan bersungguh.
Puan Umi anggukkan kepalanya. Dia berjanji akan berusaha untuk mengambil hati Adirra. Mudah-mudahan usahanya bakal berhasil.
Namun bagi Natrah, perbualan itu sangat menyakitkan hatinya. Jelas dan terang, mamanya juga mahu mengambil hati perempuan seorang itu. Tapi dia tidak akan berdiam diri. Dia akan lakukan sesuatu untuk meraih perhatian keduannya. Tengoklah nanti! Begitu kata hati Natrah. Dia tidak akan biarkan dirinya terasing daripada perhatian Puan Umi dan Encik Malek. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 4
Jam sudah menunjukkan ke angka 10.00 pagi. Fikir Adirra tentu papanya sudah lama ke pejabat. Sejak kebelakangan ini, entah kenapa Adirra begitu tawar hati untuk bertemu dengan papanya. Untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku, Adirra lebih rela tidak bersua muka dengan papanya.
Dengan perlahan dia melangkah menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu. Namun darah Adirra tersirap sebaik sahaja melihat jam yang berbentuk almari kesayangannya berpindah tempat. Itulah satu-satu jam kesayangan arwah mamanya. Jam antik yang kadang-kadang tidak berfungsi dengan betul itu adalah barang yang tidak boleh diusik langsung.
"Siapa yang tukar tempat jam ni…?" Adirra menjerit sekuatnya di ruang tamu.
Tergesa-gesa Puan Umi menjengah bila terdengar Adirra menjerit.
"Mak cik ubah tadi," jawab Puan Umi sedikit cemas melihat Adirra bercekak pinggang bersama wajah yang mencuka.
"Siapa yang beri kebenaran untuk ubah benda-benda dalam rumah ni? Kalau dah dasar menumpang, buat cara menumpang. Sekalipun dah jadi isteri papa, jangan nak berlagak sangat. Jangan suka-suka hati nak usik barang orang!" Adirra menjerit lagi.
Puan Umi rasa sangat bersalah. Dia sekadar memindahkan sedikit, agar dapat memberi ruang kepada meja telefon. Bukan ada niat langsung untuk mengubah apa-apa barang di rumah tersebut.
"Letak balikkk!" jerit Adirra sekuatnya tanpa menghiraukan perasaan Puan Umi.
Itulah penyudahnya yang membuatkan air mata Puan Umi luruh. Pilu hatinya tiba-tiba. Tidak menyangka sekasar itu bahasa Adirra.
Bersama perasaan marah, Adirra sepak pasu hiasan yang terletak di sudut tepi anak tangga. Dengan mudah pasu itu tergolek dan pecah.
Hati Puan Umi sudah tidak terkata. Bertambah pilu melihat pasu yang baru di letak di situ sudah pecah terbahagi beberapa kepingan. Itulah pasu hiasan hadiah perkahwinan pemberian kakaknya yang kebetulan tinggal di Sarawak.
Adirra terus ke bilik. Pintu bilik dihempas sekuatnya selepas itu sebagai tanda tidak puas hatinya.
Puan Umi kesat air matanya. Sambil itu dia menolak perlahan jam almari ke tempat asal. Dia berusaha memujuk hatinya agar bersabar dengan apa yang berlaku. namun air matanya tidak mahu berhenti dari menitis. Hatinya menjadi pilu sepilunya. Tidak sangka anak tirinya memperlakukan dirinya begitu sekali. Tidak ada sebesar hati kumanpun yang terdetik di hati Puan Umi untuk mengubah segala barang di dalam rumah itu. Jauh sekali hendak tunjuk kuasa. Tetapi sanggup Adirra menuduh dia begitu. Sampainya hati…
Kemudian Puan Umi kutip serpihan pasu bersama deraian air mata yang masih tidak mahu berhenti. Nanti akan digam semula serpihan pasu tersebut. Walaupun tidak sempurna seperti keadaan asal, Puan Umi harus menyimpannya juga. Pemberian orang harus dihargai.
Puan Umi bawa semuanya ke dalam bilik. Ada masa nanti dia akan mengerjakan pasu itu. Dia harus menyediakan juadah untuk makan tengahari nanti.
Selesai menyediakan makan tengahari, Puan Umi terus ke tingkat dua. Dia ketuk pintu bilik Adirra. Hajatnya untuk makan tengahari bersama dan kalau boleh dia hendak meminta maaf kepada Adirra kerana memandai sendiri mengubah jam almari tersebut. Di dalam hati Puan Umi, sedikit tiada rasa dendam. Apatah lagi hendak membenci anak tirinya. Dia tetap menganggap Adirra itu masih keanakkan dan perlukan masa untuk menerima dirinya.
"Irra, mak cik dah siapkan makan tengahari. Bolehlah kita makan bersama." kata Puan Umi penuh mengharap agar dapat membuka sedikit pintu hati Adirra untuk menerimanya.
Dua tiga kali Puan Umi mengetuk pintu sehinggalah Adirra membukanya.
"Kenapa sibuk sangat ni? Tak faham bahasa? Kalau orang nak makan, orang tahulah cari sendiri. Orang bukan tak ada kaki. Boleh tak jangan ganggu orang? Jaga papa tu baik-baik, diri orang tak payahlah nak sibuk-sibuk ambil tahu. Menyampah betul!"
Serentak dengan itu sekali lagi dentuman yang kuat bergema dari pintu bilik Adirra. Terkejut Puan Umi jadinya. Puan Umi disergah pilu semula. Masih gagal untuk mendekati Adirra. Ternyata bukan mudah untuk Adirra menerima dirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mengapalah, mungkin suatu hari nanti, Adirra akan membuka pintu hatinya dan sedia menerima kehadirannya. Pasti Adirra perlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri. Puan Umi akan menanti. Akan sabar dengan kerenah Adirra. Dia akan bertahan.
Puan Umi turun semula. Dia ke ruang tamu. Tadinya dia rasa sangat lapar namun kini, dia sudah hilang selera makan. Akhirnya Puan Umi memilih untuk menonton TV sahaja sambil berusaha memujuk perasaan sendiri.
Ketika Puan Umi leka menonton TV, Adirra turun melintasi ruang tamu. Bersama beg yang diselepang di belakang, Puan Umi tahu Adirra bakal keluar. Ringan mulutnya hendak bertanya, namun bimbang bakal menerima herdikan sekali lagi, dia sekadar melihat saja tingkah anak tirinya itu.
Pintu utama jugak menerima nasib yang sama dengan pintu bilik Adirra Dentuman yang kuat sudah bergema bila Adirra menutupnya dengan kuat.
Puan Umi hanya beristifar panjang selepas itu.
Lewat petang, sebaik sahaja tiba di halaman rumah, Adirra lihat Zafril sedang berbual mesra dengan Natrah di atas buaian. Mesra mereka kelihatannya sangat luar biasa. Bergelak ketawa dalam keadaan yang terlalu dekat. Padanlah sejak kebelakangan ini Zafril tidak begitu mengendahkan Adirra. Tidak seperti selalu-selalunya. Rupa-rupanya sudah ada teman baru.
Hati Adirra terbakar terus melihat kemesraan itu. Sudah tidak terkata. Nampaknya bukan saja papanya dirampas, tetapi Zafril juga bakal dirampas sama.
"Baru balik Irra?" sapa Zafril ketika Adirra melintasi mereka.
Adirra terus melangkah tanpa menjawab teguran Zafril. Kerana terlalu sakit hati, Adirra langsung tidak boleh bersuara.
"Huh! Sombong! Macamlah diri tu bagus sangat!" rungut Natrah sambil mencebik. Entah kenapa sejak mula dia memang tidak suka melihat Adirra. Gadis manja yang memiliki segalanya itu dilihat sangat sombong dan angkuh.
Zafril tahu Adirra sedang marah melihat keadaan mereka berdua. Tentu saja Adirra cemburu. Salah dia juga kerana berbual dengan Natrah dalam keadaan begitu.
"Saya balik dululah." Zafril minta diri, untuk menyelamatkan keadaan. Tidak mahu Adirra salah faham nanti.
"Eh! Nantilah." Natrah terus tarik tangan Zafril dengan manja. Sudah lama Natrah berusaha untuk menambat hati Zafril namun sehigga kini dia tetap gagal. Rasanya sejak zaman sekolah lagi Natrah sudah menaruh perasaan buat Zafril. Setiap kali mamanya berkunjung ke rumah Zafril, dia pasti ikut sama. Dengan harapan boleh berkawan dengan Zafril. Sekarang peluang betul-betul di hadapan mata. Mana mungkin dilepaskan begitu saja!
"Tak apalah Natrah, kita berbual lain kali." Balas Zafril.
"Awak takutkan Adirra? Awak takut dia cemburu? Awak memang ada hubungan dengan dia? Awak sayang dia?" Bertalu soalan daripada Natrah. Ingin tahu apakah selama ini Adirralah gadis yang sudah bertahta di hati Zafril.
Zafril diam. Tidak mahu memberi sebarang jawapan.
"Awak sayangkan Irra? Betul awak sayangkan dia?" desak Natrah lagi.
"Tak apalah. Lain kita berbual lagi." Zafril cuba mengelak dari menjawab soalan Natrah. Rasanya tidak sesuai untuk berkongsi apa-apa dengan Natrah.
"Cakap sajalah awak sayang dia. Tak ada yang marah. Tapi kalau betul awak sayangkan dia, memang teruklah. Perempuan macam tu mana layak buat isteri. Menyusahkan awak saja. larat ke awak layan perangai macam tu?" Natrah mula menghasut. Dia perlu membuatkan Zafrl tidak suka dengan Adirra. Hanya itu saja jalannya untuk dia merebut Zafril.
Zafril masih diam.
"Zafril, awak jangan jadi bodoh. Awak tak akan bahagia kalau bersama dengan perempuan tu, jadi awak jangan takut dengan dia. Dia tak boleh paksa awak untuk sayang dia, kalau awak tak suka dia!" Nampak ada kesungguhan pada kata-kata Natrah. Kesungguhan menjadi batu api. Natrah akan lakukan apa saja untuk merubah hati dan perasaan Zafril terhadap Adirra. Biar Adirra berputih mata. Itu yang akan Natrah lakukan.
"Bukan macam tu. Bukan saya takut. Saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Bukan kita tak faham dengan sikap Adirra." Jelas Zafril.
"Jadi, kita semua kena beralah? Kena ikutkan saja perangai manja tak tentu pasal dia? Sebab semua orang beri muka sangat dengan dia, makin naiklah tocang dia." Marah Natrah.
"Awak masih baru kenal Irra, jadi awak tak tahu lagi perangai dia macam mana. Saya tak mahu dia salah faham nanti!"
"Saya sikit tak hairan dengan perempuan tu. Semua orang yang manjakan dia tak tentu pasal, sebab itu dia jadi tak sedar diri," marah Natrah.
"Jangan cakap macam tu Natrah, kalau Irra dengar nanti, makin buruk keadaan."
"Kenapa? Dia besar sangat ke sampai semua orang nak jaga hati dia? sebab dia anak kesayangan, semua orang nak ikut cakap dia?"
"Dah, dah, saya nak balik."
"Awak jangan jadi pengecut, Zafril. Dia tak mampu nak apa-apakan awak! Awak tinggalkan saja perempuan macam tu. Semua tu untuk kebaikkan awak jugak!"
Zafril melangkah pergi. Dia tidak menunggu lagi.
Natrah sudah tarik muka masam. Dia gagal mempengaruhi Zafril kali ini. Tapi dia tidak akan putus asa. Natrah tahu Adirra sukakan Zafril, jadi dia akan pastikan Zafril akan jadi miliknya. Dia mahu budak manja itu berputih mata. Akan diusahakan sehingga berjaya. Itu azam Natrah. Dia mahu diberi perhatian, seperti Adirra. Kalau boleh, biar lebih daripada Adirra.
Di dalam bilknya Adirra terus menangis. Terbayangkan kemesraan antara Natrah dan Zafril sebentar tadi buat perasaan Adirra benar-benar retak seribu. Nampaknya semua orang yang dia sayangi sudah beralih arah.
Ketika air mata Adirra bergenang, pintu bilik diketuk. Adirra sapu air matanya perlahan.
"Irra, papa nak cakap sikit!" kata Encik Malek selepas tolak pintu bilik Adirra.
Adirra membatukan diri di atas katil.
"Papa ingat, minggu depan kita sekeluarga pergi ke Pulau Langkawi untuk bercuti. Apa pendapat Irra?" soal Encik Malek.
"Irra tak nak pergi. Papa pergi sajalah dengan keluarga papa!" balas Adirra kasar.
"Irra, sampai bila Irra nak jadi macam ni? Sampai bila Irra tak nak terima Mak Cik Umi?"
"Sampai bila-bila!" tegas Adirra.
"Kalau macam itu, suka hati Irralah!" kata Encik Malek dengan perasaan marah. Sudah hilang kesabaran Encik Malek terhadap Adirra. Pelbagai cara sudah dicuba, namun Adirra tetap begitu. Sekarang ini Encik Malek berserah saja. Dah malas nak ambil tahu.
Perasaan Adirra makin sebak. Dia hanya menangis dan terus menangis. |
|
|
|
|
|
|
|
ADOI....TERUK BETUL IRA TUH....KLU DAH ANAK MANJA NAMANYA.....{:1_142:}{:1_142:}{:1_142:}..LAGI...LAGI |
|
|
|
|
|
|
|
"Tak perlu papa, Irra tak nak dengar apa-apa penjelasan lagi. Papa dah buat hati Irra betul-betul te ...
NURRIEZ2u Post at 29-7-2011 17:42
wah! bagus cerita ni, jgn lupa sambung |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 cian kat irra tu kdg2 mcm nak mrh je dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Weh x blh tahan nak speku jugak
Nanti natrah rampas zafril dari adirra........
lepas tu ada hero baru muncul sifat yg berlawan dgn adirra
hero ini yang akan dpt membentuk dan membimbing adirra he h ehe he |
|
|
|
|
|
|
|
napa aku rasa nyampah sangat ngan natrah... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|