|
Industri buku dan majalah turut terima tempias\rMENJELANG Ramadan dan Syawal, bukan hanya tukang jahit atau pengusaha kuih-muih tidak menang tangan memenuhi tempahan, tetapi juga permintaan untuk buku mengenai agama dan kuih-muih serta lauk-pauk juga turut meningkat.\r\n\n\n\n\rPengurus Besar, Grup Buku Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin, mengakui bahawa meskipun sesetengah buku adalah kompilasi resipi kuih-muih tradisional yang sudah dikenali sejak zaman berzaman, tetapi ia masih mendapat sambutan.\r\r\n\n\n\n\n“Walaupun umumnya resipi itu masih sama, tetapi permintaan terhadap buku berkenaan masih ada. Biasanya menjelang Ramadan kami akan bekerja keras memenuhi permintaan terhadap resipi biskut dan kuih muih tradisional, selain buku resipi kek dan biskut moden. Namun menjelang dua minggu sebelum Aidilfitri, pembaca akan cari buku hidangan lauk-pauk untuk rumah terbuka,” katanya.\rTrend yang sama turut dipamerkan buku agama yang meskipun relevan sepanjang tahun, namun apabila menjelang Ramadan permintaan terhadapnya meningkat berkali ganda dan tidak terhad kepada isu puasa saja, sebaliknya persoalan seperti zakat dan motivasi juga meningkat jualannya.\r“Sebenarnya Karangkraf sudah lama menerbitkan buku agama dan umum atas jenama Karya Bistari, namun jualannya tidak memberangsangkan. Hanya kebelakangan ini Karya Bistari adalah antara jenama dalam kumpulan media Karangkraf yang menyumbang 70 peratus keuntungan,” katanya.\rAntaranya berpunca daripada penstrukturan semula jenama berkenaan, selain mengundang penulis yang bertepatan dengan konsep Karya Bistari dan disokong dengan minat membaca yang semakin meningkat di kalangan penduduk Malaysia. \r\n\n\n\n\r“Senario ini rasanya bukan hanya berlaku di Karangkraf, sebaliknya hampir semua penerbit di Malaysia pun menyedari trend begini. Biasanya apabila menjelang Rejab, kami sudah tidak menang tangan memenuhi permintaan pembekal,” katanya.\rSri Diah turut mengakui bahawa bukan buku saja menerima tempias rezeki Ramadan, sebaliknya majalah terbitan Karangkraf juga demikian dan paling ketara ialah majalah berkaitan resipi, misalnya Rasa yang sejak Julai hingga September diterbitkan sebagai isu berganda.\r“Mengendalikan majalah dan buku banyak bezanya. Majalah apabila sudah siap perlu merancang isu berikutnya, tetapi buku memiliki jangka hayat yang lama kerana buku orang simpan. Justeru pengisiannya perlu relevan sepanjang zaman,” katanya.\rPTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) juga berkongsi pengalaman yang sama dengan Karangkraf dan perkara ini diakui Pegawai Komunikasinya, Roslan Isa dan syarikatnya memenuhi permintaan dengan mengadakan Baca@Ramadan bagi meraikan kedatangan Ramadan dan Syawal. \r“Selain buku agama dan resipi yang diketahui umum meningkat berkali ganda permintaannya menjelang Ramadan, PTS turut memeriahkan Baca@Ramadan dengan buku untuk buku kanak-kanak, remaja, komik dan buku umum,” katanya.\rRoslan berkata, empat bulan sebelum Ramadan PTS sudah mula mencetak buku agama yang umumnya sangat laris sepanjang dua bulan sebelum puasa, malahan perancangan buku berkaitan selalunya dibuat setahun sebelum itu.\rMisalnya untuk pasaran buku Ramadan 2011, persediaannya sudah dibuat sejak Ramadan 2010 bagi membolehkan strategi pemasaran dilakukan dengan sebaik-baiknya.\r“Untuk promosi Baca@Ramadhan kami menerima banyak permintaan untuk buku panduan puasa, buku agama, buku panduan haji atau umrah buku resipi dan sebenarnya novel Islami juga,” katanya.\rRoslan berkata, dua bulan sebelum puasa pembaca akan mula mencari buku agama khususnya buku bimbingan puasa, bagaimanapun trend itu berubah apabila Ramadan menjelang dan ketika itu, pembaca akan lebih tertarik untuk membaca buku lain pula seperti berkaitan zakat fitrah.\r“Rekod jualan PTS menunjukkan pada akhir bulan Ramadan dan awal Syawal, jualan buku PTS naik lebih tinggi daripada hari biasa,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|