View: 222|Reply: 0
|
Ramadan Dinanti Syawal Dirai: Langsir ‘berjalan’ dalam rumah
[Copy link]
|
|
KENANGAN berbuka dan bersahur dengan ubi kayu serta langsir ‘berjalan’ dalam rumah pada Ramadan pada zaman negara diancam komunis sehingga perintah berkurung terpaksa dikuatkuasakan pemerintah menjadi detik paling sukar dilupakan Sasterawan Negeri Melaka 2009, Mokhtar Yasin.\rMenceritakan kembali kenangan puasa di kampung kelahirannya Sungai Rambai, Melaka, beliau yang ketika itu baru berusia sembilan tahun dapat merasai kesengsaraan ibu bapanya ketika itu yang terpaksa mendapatkan bekalan makanan yang banyak bagi menampung jumlah ahli keluarga seramai 10 orang.\r\n\n\n\n\r“Bayangkan bekalan makanan seperti gula, tepung dan beras disekat komunis dan kami adik-beradik hanya makan ubi saja untuk berbuka puasa dan sahur. Kakak dan emak saya akan merebus ubi yang akan dicicah dengan kelapa sebagai hidangan.\r\r\n\n\n\n\n“Sungguhpun demikian, kami tetap berebut-rebut kerana makan serentak seisi keluarga sehingga rasanya tetap sedap meskipun dimakan saban hari,” katanya yang tetap bersyukur dengan kehidupan serba kekurangan kerana keluarganya tetap berpeluang menjamah nasi sekali -sekala kerana emaknya seorang pesawah.\rLebih melucukan, walaupun bekalan gula sukar diperoleh pada zaman itu, tetapi gara-gara teringin membasahkan tekak dengan air manis seperti kopi dan teh kosong selepas seharian berpuasa, ibunya menjadikan gula Melaka sebagai ganti pemanis.\r“Emak memang kreatif orangnya. Walaupun rasa air kopi yang dibancuh dengan gula Melaka agak pelik, tetapi kami adik-beradik minum dengan penuh selera kerana sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan rasa pahit kopi.” kata Mokhtar yang tertawa ketika mengimbau semula kenangan lalu itu.\rRamadan turut mengingatkan Mokhtar pada busana khas sempena Aidilfitri yang akan menjelang iaitu kain langsir yang dikitar semula oleh Allahyarhamah ibunya, Jaharah Muhammad Yunus, menjadi baju raya kerana penduduk pada zaman itu tidak berwang dan bimbangkan ancaman komunis.\r\n\n\n\n\rEnggan melihat kami adik-beradik beraya tanpa baju baru, emak tetap menyediakan baju daripada kain langsir sambil berseloroh, apabila menjelang raya saja berjalanlah langsir di dalam rumah dan saya tetap tersenyum apabila mengenang pengalaman ini.\r“Walaupun tidak dapat mengunjungi saudara-mara kerana keadaan yang tidak mengizinkan pada zaman itu, kemeriahan beraya di samping ahli keluarga dengan pakaian boria daripada kain langsir yang sama, tetap menjadi memori indah kepada kami,” katanya yang kini menginjak usia 74 tahun.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|