CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Maybank perkenal portal pembelian

[Copy link]
Post time 18-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tawaran eksklusif menerusi  Maybank2u.com\rMALAYAN Banking Bhd (Maybank) memperkenalkan Tawaran Eksklusif Maybank2u-Groupon yang membenarkan pengguna melayari tawaran eksklusif ditawarkan portal pembelian berkumpulan Groupon menerusi platform perbankan dalam talian Maybank2u.\r\n\n\n\n\rKetua Perbankan Mayanya, Abdul Razak Mohd Nordin, berkata Tawaran Ekslusif Maybank2u-Groupon menyediakan pengguna Maybank2u.com akses kepada pelbagai kupon berkumpulan eksklusif membabitkan jenama seperti Hotel Carcosa Seri Negara, Readers Digest, S2 Slimming, Konsortium Transnasional, Pensonic dan Decleor.\r\r\n\n\n\n\n“Selain meraih penjimatan lebih 50 peratus daripada Groupon, pelanggan yang membeli produk atau perkhidmatan menerusi portal Maybank2u.com akan mendapat diskaun tambahan sehingga 10 peratus,” katanya pada majlis memeterai perjanjian kerjasama antara Maybank dan Groupon Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Eksekutif Groupon Malaysia, Joel Neoh.\rGroupon adalah portal  pembelian berkumpulan menawarkan tawaran terbaik harian dengan penjimatan antara 50 peratus hingga 90 peratus daripada harga asal.\rGroupon Malaysia menawarkan satu Groupon atau kupon berkumpulan sehari, berfungsi sebagai jaminan kontrak.\rJika jumlah tertentu menyertai tawaran berkenaan, maka janji niaga terbuka kepada semua, tetapi jika jumlah minimum tertentu tidak dipenuhi, tiada siapa mendapat tawaran untuk hari berkenaan.\r\n\n\n\n\rKaedah perniagaan ini mengurangkan risiko kepada peruncit, yang boleh menggunakan kupon itu sebagai diskaun kuantiti dan alat promosi jualan.\rAbdul Razak berkata, Maybank menyasarkan menambah antara 300,000 hingga 500,000 pelanggan tambahan menerusi kerjasama dengan Groupon Malaysia itu.\rMaybank mempunyai 1.74 juta pelanggan aktif Maybank2u.com hari ini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.099077 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list