CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

SMGM 2011 suntik semangat pelajar ke menara gading

[Copy link]
Post time 19-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LEBIH 1,000 pelajar berbilang kaum dari Parlimen Pekan, Pahang dan Sembrong, Johor berkongsi semangat berkobar-kobar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menyertai mentor mereka yang sudah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.\rMereka mendapat suntikan semangat itu menerusi Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) 2011 yang diadakan di Kampus Induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam selama tiga hari, berakhir baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein merangkap Ahli Parlimen Sembrong, berkata penganjuran seminar kali ini amat istimewa kerana ia dijayakan bersama oleh Pusat Siber Komuniti Sembrong dan Pusat Sumber Pekan.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, jalinan kerjasama itu mampu menarik minat lebih 1,000 pelajar berbilang kaum untuk menjayakan bukan saja matlamat program, tetapi gagasan 1Malaysia.\r“Selain membentuk masyarakat majmuk yang saling bekerjasama, saya percaya seminar ini menjadi landasan terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri dan semangat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak lama lagi.\r\"Saya yakin program seperti ini cukup relevan dan selari dengan usaha kita memupuk semangat setiakawan dalam diri pelajar. Nilai murni juga penting bagi menjayakan aspirasi 1Malaysia,\" katanya ketika merasmikan penutupan seminar itu.\rHadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Hoo Seong Chang; ADUN Kahang, R Vidyananthan dan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.\r\n\n\n\n  \rSeminar berteraskan motivasi itu dianjurkan untuk pelajar Tingkatan Lima dan Enam. Modul dan aktiviti yang dirangka memberi penekanan dalam menjana keyakinan, semangat, potensi diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar.\rMenariknya, ia turut mendapat kerjasama daripada UiTM Shah Alam apabila pihak UiTM menerusi Majlis Perwakilan Pelajarnya menyediakan warga UiTM sendiri sebagai mentor kepada peserta. Pendekatan itu memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri suasana kehidupan di universiti.\rSelain itu, hubungan pelajar dan mahasiswa juga dilihat mampu membakar semangat pelajar untuk mencontohi kejayaan mentor mereka dan menjadikan peperiksaan yang bakal diduduki sebagai batu loncatan untuk terus berjaya.\rMengenai aspirasi program ini, Hishammuddin berkata, beliau bersama rakan di Parlimen Sembrong dan Pekan sentiasa mencari ruang bagi memartabatkan generasi muda yang juga pelapis kepemimpinan negara.\r\"Sebagai wakil rakyat dan pemimpin, adalah menjadi komitmen kami untuk memberi yang terbaik untuk golongan pencorak masa depan dan kami mengharapkan program turun padang seperti ini akan merapatkan lagi jurang di antara pemimpin dan rakyat terutama remaja.\r\"Masa depan negara bukan terletak pada kita tetapi pada anak-anak kita yang bakal mewarisi setiap aspek yang mampu kita berikan kepada mereka,\" katanya.\rBerpegang kepada falsafah itu, katanya, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berketrampilan yang kompetitif dan kuat jati dirinya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046771 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list