View: 108|Reply: 0
|
Brazil dinobat juara Piala Dunia B-20
[Copy link]
|
|
Oscar mucul wira ledak hatrik pada aksi finalBOGOTA (Colombia): Hatrik Oscar membantu Brazil merakam kemenangan 3-2 ke atas Portugal pada final Piala Dunia Bawah-20 yang berlarutan hingga ke masa tambahan, kelmarin.\r\r Selepas membuka jaringan pada minit kelima, Oscar meledak gol penyamaan pada babak kedua yang mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas permainan terikat 2-2.\r\n\n\n\n\n\rOscar tampil dengan gol kemenangan pada minit ke-111, melambung bola dari kanan gawang yang melencong melepasi penjaga gol Portugal, Mika, sekali gus memberikan Brazil kejuaraan kelima Piala Dunia Bawah-20 selepas sekadar muncul naib juara dua tahun lalu.\rWalaupun Brazil bermula sebagai pilihan pada final ini berbanding Portugal yang memburu kejuaraan ketiga, perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang.\rOscar memecah kebuntuan pada minit kelima hasil tendangan percuma yang membuatkan Mika terpegun. Itu adalah gol pertama membolosi gawang Portugal di sepanjang kejohanan. Portugal hanya memerlukan empat minit untuk menyamakan kedudukan apabila Nelson Oliveira mengumpan bola yang mudah disempurnakan Alex.\rOliveire kemudian meletak Portugal di depan pada minit ke-59 hasil gerakan solo dari sebelah kanan sebelum menggelecek pertahanan dan merembat melepasi penjaga gol Brazil, Gabriel.\rGol penyamaan Brazil hadir pada minit ke-78 selepas Mika menampan percubaan Dudu, dan Oscar pantas menyambar bola untuk menghidupkan peluang negaranya.\rKemenangan ini sekali gus menebus kehampaan Brazil pada final 1991, di mana mereka tewas kepada Portugal menerusi sepakan penalti. Sementara itu, Mexico menundukkan Perancis 3-1 untuk menduduki tangga ketiga. – AFP \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|