CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Globalisasi ‘pembunuh’ bahasa

[Copy link]
Post time 23-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Yang lemah terus ditelan gelombang yang dibawa bahasa utama duniaGLOBALISASI sering dikaitkan dengan mudahnya sesuatu komoditi melintasi sempadan negara termasuk produk bahasa dan budaya, tetapi ia belum tentu menguntungkan industri penterjemahan.\rIni kerana globalisasi boleh bertukar menjadi ‘pembunuh’ bahasa yang tidak berdaya saing apabila gelombangnya membawa bahasa utama dunia terus kepada masyarakat.\r\rIa menyebabkan fungsi dan peranan penterjemah semakin dikecilkan apabila bahan bacaan tidak lagi perlu dialihbahasakan, manakala masyarakat pula memandang enteng kepada tugas penterjemah.\r\n\n\n\n\n\rPensyarah Universiti Islam Azad, Qom, Iran, Ali Ebrahimi, menyifatkan globalisasi sebagai ancaman kepada penterjemahan yang selama ini membantu manusia lebih menghargai dan menghormati pendapat serta budaya lain, sekali gus melemahkan halangan bahasa dan komunikasi.\r“Bagaimanapun globalisasi yang berdepan dengan budaya, bahasa dan komunikasi sebenarnya menyempitkan usaha kefahaman manusia kepada hanya dengan bahasa, norma dan prinsip yang diterima dalam perkampungan global.\r“Sedangkan ketika perkampungan global belum benar-benar direalisasikan, penterjemahan mempunyai kedudukan mutlak dalam membuang halangan bahasa dan budaya antarabangsa,” katanya ketika memperkatakan Globalisasi dan Terjemahan: Bolehkah Penterjemah Menaruh Harapan?\rAli berkata, dunia menerima kewujudan ‘budaya’ kampung global yang didominasi hiburan global berasaskan nilai dan norma daripada idea Barat terhadap kapitalisme, manakala bahasa yang kurang bernilai teknologi menjadi kendur dengan gelombang internet, satelit dan televisyen kabel.\r“Bahasa yang cepat berkembang adalah bahasa perdagangan antarabangsa sehingga dunia niaga tidak lagi memerlukan penterjemahan sehingga tidak hairanlah di Iran sendiri, bahasa Inggeris dianggap capaian mudah memperoleh pekerjaan yang baik.\r“Bahasa Inggeris tidak lagi menjadi bahasa yang berlegar di sempadan negara, sebaliknya bergerak dengan cepat ke dalam pelbagai lapisan masyarakat sehingga diterima, diangkat dan dimasukkan ke persekitaran perniagaan,” katanya.\rJusteru tidak hairanlah, penterjemahan hilang secara beransur-ansur dalam persekitaran perdagangan antarabangsa berpunca daripada masalah dana, selain kecenderungan satu bahasa dalam bengkel dan seminar.\r“Kewujudan Tabung Bahasa Diancam Kepupusan (ELF) untuk meningkatkan dana memulihara dan menjana kembali bahasa terbabit, menjadi bukti kesan pantas budaya globalisasi kepada bahasa yang lemah, perbendaharaan kata, sapaan, tradisi lisan dan puisi.\r“Meskipun ELF wujud, sarjana Daniel Nelson memberitahu kita bahawa bahaya yang mengancam separuh daripada 6,000 bahasa di dunia, sebenarnya menandakan kematian budaya yang berkaitan dengan bahasa berkenaan,” katanya.\rSenario ancaman globalisasi terhadap penterjemahan itu sekiranya benar-benar meruncing, memerlukan reaksi pantas dan berkesan daripada penterjemah kerana ia bukan saja membabitkan kerjaya, bahkan masa depan bahasa mereka khususnya bahasa yang terpinggir oleh gelombang berkenaan.\rPada masa sama, masyarakat juga memandang enteng fungsi dan tanggungjawab penterjemah dengan menganggap sesiapa yang menguasai bahasa sumber atau asal dan bahasa sasaran boleh menterjemah secara sewenang-wenangnya.\rJusteru tidak hairanlah Pensyarah Fakulti Terjemahan dan Interpretasi, Universiti Ottawa, Kanada, Marielle Godbout, ketika melapah Apakah Syarikat Perkhidmatan Terjemahan Mengambil Alih Penterjemah Bebas dalam Profesionalisme Penterjemahan? Kisah Peringatan dari Kanada menekankan kepentingan profesionalisme penterjemah dipertingkatkan.\r“Sekiranya profesion kedoktoran memerlukan bakal doktor melalui pengajian dalam perubatan atau peguam mengikuti pengajian undang-undang, maka penterjemah juga perlu menjalani pengajian dalam bidang penterjemahan.\r“Inilah yang dibuat di Eropah sehingga mereka yang ingin menjadi penterjemah, tetapi mempunyai ijazah sarjana muda dalam disiplin lain, perlu mengambil pengajian sarjana dalam bidang terjemahan,” katanya yang turut berkongsi proses memprofesionalkan penterjemah di Kanada melalui peperiksaan dan program mentor-menti dengan penterjemah mahir.\rPada masa sama, Godbout mengingatkan supaya pengajian penterjemahan dibuat dengan lebih praktikal kerana kadangkala fakulti terjemahan lebih menekankan teori dan ada juga yang melampaui skop asal terutama membabitkan perbandingan sastera.\r“Sekiranya tempoh pengajian penterjemahan mengambil masa empat tahun, saya kira tidak ada masalah untuk memasukkan mata pelajaran yang menjadi asas kepada penterjemah.\r“Pengajian penterjemahan juga boleh dibuat dengan menawarkan major dalam bidang penterjemahan dan minor untuk disiplin yang diperlukan untuk penterjemah,” katanya.\rPandangan Godbout itu selari dengan perkongsian pengalaman yang diberikan Pensyarah Pendidikan Bahasa Inggeris, Universiti Sriwijaya, Palembang, Zainal Abidin Naning ketika membentangkan Proses Penterjemahan dan Persoalan Semantik.\r“Penterjemah perlu belajar daripada pihak yang bakal menggunakan hasil terjemahannya supaya difahami seperti istilah fume secara teknikal yang sukar diterjemahkan kepada asap berbahaya atau beracun kerana wujud perbezaan pada lapangan antara fume, smoke dan toxic.\r“Ia sama dengan istilah sweetening yang mungkin difahami sebagai menjadikan manis, sebaliknya dalam industri gas, sweet gas bermaksud gas yang sudah bersih, tidak lagi berisi racun alami dan tidak berbahaya kepada manusia,” katanya.\rUsaha meningkatkan profesionalisme penterjemah juga perlu menjadi agenda penting nasional di negara ini kerana tanggungjawab memperkayakan khazanah ilmu dan budaya dalam bahasa Melayu masih jauh daripada mencukupi.\rKita boleh menaruh harapan dengan usaha Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sekiranya pandangan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khair Ngadiron diterima seperti pembentangan kertas kerja dasar Strategi Penjenamaan Dalam Misi Transformasi ITNM.\r“Kita mengharapkan penterjemah profesional juga dapat dilahirkan di negara ini seperti yang ditunjukkan oleh ITNM melalui projek perintis Program Penterjemah Pelatih ITNM yang diasaskan pada tahun ini.\r“Ia bertujuan untuk menjana lebih ramai tenaga profesional dalam bidang terjemahan apabila 10 individu dipilih daripada saringan lebih 2,000 pemohon yang diterima dari seluruh negara,” katanya.\rSecara tidak langsung, kata Mohd Khair, angka itu memperlihatkan penterjemah sebagai fenomena baru dalam profesionalisme kerjaya di negara ini selepas pihaknya melaksanakan strategi penjenamaan lima tahun ITNM 2008-2012. “Antara lainnya adalah dengan mengubah suai logo dan moto, strategi promosi dan wajah baru laman web ITNM yang lebih segar dan kerjasama dengan Google Books untuk meningkatkan jualan buku dalam talian,” katanya.\rBagaimanapun, usaha meningkatkan profesionalisme penterjemah tidak boleh dibebankan ke atas satu pihak saja kerana seperti saranan Godbout ia perlu digembleng daripada semua pihak dalam industri penterjemahan dan buku.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055602 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list