Assalamualaikum kepada Super Mod, Moderator, MP dan seluruh forumer CARI Forum yang sangat dihargai dan dikasihi.
Pejam celik pejam celik dah 23 Ramadan hari ni..maknanya ada lebih kurang 7hari @ seminggu lagi untuk kita menyambut ketibaan 1 Syawal 1432H..Dan sempena ketibaan Hari Raya Aidifitri tidak lama lagi..Marilah kita sama-sama memohon maaf dan memaafkan sesama kita..Apa yang lepas jangan disimpan didalam hati..Buang yang keruh ambil yang jernih
Admin6 mewakili pengurusan CARI ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh warga CARI Forum Yang beragama Islam..Bagi yang pulang kekampung halaman tu, pastikan anda memandu dengan cermat dan ingatlah orang tersayang yang menanti ketibaan anda dikampung..Kalau ngantuk, tolong jangan memandu..berhenti rehat dahulu sebab ia bukan sahaja merbahayakan diri anda tetapi juga kepada pemandu lain..Biar lambat asal selamat.
Disini ada beberapa rangkap pantun untuk semua warga CARI :
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Berforum CARI setiap hari,
Walau dimana tetap tak dilupakan,
Pihak CARI menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.
PS : Sampaikan ucapan/gambar/video berserta pantun anda kepada keluarga dan rakan taulan..Untuk mendapatkan kredit RAYA..Pastikan ucapan anda disertakan dengan pantun..Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir Dan Batin
salam sejahtera kepada semua yang mengenali diri ini di forum mahupun didunia realiti. sepanjang berforum saya ingin mengucapkan terima kasih diatas bantuan dan tunjuk ajar setiap seorang daripada anda...
di sini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin sekiranya jika terkasar bahasa, tersilap kata atau terguris perasaan sesiapa sepanjang saya berforum. saya hanya manusia biasa yang terkadang alpa dengan keadaan.. terima kasih salam lebaran
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIFILFITRI kepada semua warga CARI yang beragama Islam... Semoga Aidilfitri ini lebih diberkati oleh-Nya... Semoga semua selamat pergi dan kembali ke rumah selepas puas mengunjungi sanak-saudara & rakan taulan...
*nota kaki: pantun 2 kerat tu hasil ciptaan sendiri!!!
Salam Lebaran anisss ucapkan kepada semua warga cari.com.. Semoga lebaran kali ini meninggalkan kenangan manis buat anda semua… Berhati-hatilah ketika pulang berhari raya dan bersama-samalah kita berdoa agar kita semua selamat pergi dan balik serta dilimpahi rahmat dari Allah Yang Maha Esa… Amin
Akhirkata….. Aniss memohon ampun dan maaf kepada semua forumer cari sekiranya anisss dengan sengaja atau tidak sengaja menyakiti hati kalian…
SELAMAT HARI RAYA SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN UMAT MELAYU DI SELURUH DUNIA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. DIHARAPKAN TAHUN DEPAN MASIH ADA UNTUK KITA MENGUMPUL PAHALA SECUKUPNYA....
Dikesempatan ini saya Moy @ moyas ingin memohon ampun n maaf jika selama saya berkampung dicari.com.my ini ada menyinggung mana-mana pihak. sama ada sengaja @ tidak.
pandulah berhati-hati semasa dalam perjalanan kekampung masing-masing. jika mengantuk rehatlah di RNR yang disediakan. biar lambat agar semua selamat. mudah-mudah selepas bersuka ria beraya dikampung bersama keluarga tersayang, kita masih dapat lagi bergonjeng dan moyan lagi disini.