CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Zeti disenarai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

[Copy link]
Post time 27-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gabenor Bank Negara terima  gred A\rGABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (atas)  sekali lagi disenaraikan sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia 2011 dalam kaji selidik  dijalankan majalah kewangan Global Finance.\r\n\n\n\n\r  Zeti menerima penarafan gred A oleh majalah kewangan itu bersama-sama Amando Tetangco dari Filipina, Fai-Nan Perng (Taiwan), Glenn Stevens (Australia), Riad Salameh (Lebanon) dan Stanley Fischer (Israel).\r\r\n\n\n\n\n  Beliau juga menerima penarafan itu pada tahun lalu dan  2009. Kecuali pada 2008, Zeti  menerima gred A secara berturut-turut sebelum ini sejak 2003. \rSementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Ben S. Bernanke menerima gred ‘C’ dalam penilaian tahunan  dijalankan Global Finance sejak 1994 itu.\rGred Bernanke tidak berubah seperti tahun lalu, manakala Presiden European Central Bank (ECB), Jean-Claude Trichet yang akan melepaskan jawatan diberikan gred ‘B’ selepas pencapaian ‘A’ pada tahun lalu.\rGabenor Bank of Japan (BoJ), Masaaki Shirakawa turut menerima gred ‘C’ manakala Mark Carney dari Kanada dan Mervyn King dari United Kingdom, masing-masing diberikan gred ‘B’.\rINFO: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz\rZeti adalah gabenor ketujuh Bank Negara yang dilantik  pada Mei 2000.\rMemulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara pada tahun 1979 hingga 1984.\rDilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia pada 1994, dan  dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia 1 September 1998 selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundur diri.\rPada November 2008, beliau menerima kepercayaan tinggi bank pusat antarabangsa dipilih sebagai  ahli petugas khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji perubahan sistem pasaran global

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039055 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list