CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Ziarah aktiviti wajib Aidilfitri

[Copy link]
Post time 29-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Galak anak kenal, mesra dengan saudara  setiap masaAMALAN ziarah  pada Aidilfitri sepatutnya menjadi kemuncak kepada kunjungan biasa ahli keluarga yang dilakukan setiap masa, bukan wadah dikhususkan untuk saudara-mara yang jarang bertemu.\n\n\n\nMatlamat sambutan Aidilfitri juga adalah  mengeratkan  silaturahim tetapi apa yang berlaku sekarang, kesempatan itu diambil bagi menyambung semula hubungan yang kian lama terputus.\n\n\n\n\n\nKesibukan kerja dan jarak tempat tinggal selalu dijadikan alasan tiada kelapangan untuk saling menziarahi. Justeru, kunjungan pada hari raya dan  rumah terbuka menjadi tempat  bertemu muka.Oleh kerana hanya bertemu setahun sekali, anak saudara mungkin tidak mengenali bapa saudaranya,  sepupu juga  janggal untuk berbual mesra menyebabkan pertemuan  diadakan gagal memperkukuh    persaudaraan.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan, berkata keadaan itu menyebabkan generasi muda khususnya remaja enggan menemani ibu bapa  menziarahi     saudara-mara.Katanya, disebabkan rasa terasing itu mereka mengambil keputusan  meraikan Aidilfitri bersama rakan atau lebih senang tinggal di rumah sambil menonton program    televisyen sempena hari raya.\n\n\n\n“Sekarang keluarga sudah  mengecil dengan hubungan lebih antara adik beradik. Apabila jarang berjumpa saudara-mara, ada yang tidak kenal sepupu. Apabila berkumpul mereka terasa asing.“Ini ditambah  program menarik  disiarkan  televisyen, maka itu dijadikan alasan untuk tidak menziarah keluarga. Malah, anak saya  ada kalanya minta saya berjanji untuk pulang awal semata-mata ingin menonton program kegemaran mereka,” katanya.Beliau menyokong usaha  keluarga hari ini yang mengambil inisiatif menganjurkan hari keluarga sebagai wadah untuk   saudara-mara berkumpul dan mengenali satu sama lain  lebih dekat.Ada juga yang sudah membuat buku susur galur keturunan mereka dan ada yang mula mengumpulkan maklumat seluruh  keluarga. Pada hari raya, mereka  membuat perjumpaan mega untuk mengumpulkan semua saudara.Amidi berkata, ibu bapa perlu melakukan sesuatu seperti membawa anak  setiap kali menziarahi  keluarga sama ada ketika kenduri atau  majlis tertentu supaya hubungan kekeluargaan  diteruskan oleh anak cucu mereka.Katanya, sikap ibu bapa membiarkan anak khususnya yang meningkat remaja untuk mengelak aktiviti dianjurkan keluarga serta saudara-mara menyebabkan wujud jurang antara mereka dengan golongan dewasa serta yang kecil.“Ini terpulang kepada ibu bapa untuk memastikan anak  terbabit secara langsung dalam aktiviti kekeluargaan. Jika perlu bincang dengan anak supaya mereka sedar pentingnya memelihara silaturahim.“Saya berdepan masalah kerana ada saudara yang jarang bertemu, hingga tidak tahu hendak panggil apa. Ini menyebabkan sukar memulakan perbualan,” katanya.Justeru katanya, sempena sambutan Aidilfitri ini, ibu bapa diminta menjadikan amalan ziarah  sebagai aktiviti wajib agar semua ahli keluarga dapat mengenali adik beradik dan saudara-mara.Katanya, perjumpaan perlu dibentuk menjadi aktiviti menggembirakan supaya anak  menikmati kemeriahan hari raya serta memahami hikmah kunjungan bagi menjalin hubungan lebih rapat. Bersalaman dan saling mendoakan mampu mewujudkan  kasih sayang antara generasi muda dengan  tua hingga lahir hubungan mesra.Amidi berkata, pada peringkat pucuk pimpinan ABIM, mereka sentiasa berbincang dengan golongan lebih berpengalaman cara untuk mendidik serta menggalakkan anak menziarahi ahli keluarga bukan pada hari raya saja.“Ziarah   jangan dikecilkan skop pada acara besar seperti hari raya atau kenduri kahwin tetapi dijadikan amalan  apabila ada kelapangan dan digalakkan menziarahi saudara yang sakit,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.084649 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list