CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Islam tuntut laksana perkara wajib dahulu

[Copy link]
Post time 30-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENDAPAT pertama yang membolehkan digabungkan niat puasa ganti dan puasa sunat dipegang oleh Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib.Katanya: “Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Al-Fatwa Al-Kubra).\n\n\n\n  Pendapat ini juga disokong sebilangan fuqaha mazhab Syafie seperti Imam Khatib Asy-Syarbini cuma dihukumkan makruh. Katanya: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat menggantikan secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat.” (Mughni Al-Muhtaj).\n\n\n\n\n\n  Pendapat kedua yang melarang digabungkan niat kedua-dua puasa tetapi membenarkan didahului dengan puasa sunat Syawal ialah berdasarkan pandangan boleh ditangguhkan puasa ganti pada bulan lain. Mereka berhujah dengan hadis Aisyah yang bermaksud: “Aku memiliki hutang puasa  Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada  Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah, tidak mungkin isteri Rasulullah SAW (Aisyah) tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada  Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadanya adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya.”\n\n\n\nAtas dasar itu golongan kedua ini membenarkan ditangguhkan puasa qada Ramadan dan boleh didahului dengan puasa sunat Syawal tanpa menggabungkan niat keduanya.Manakala, pendapat ketiga pula melarang digabungkan niat puasa itu bahkan mereka mewajibkan disempurnakan terlebih dulu hutang puasa Ramadan yang belum diganti sebelum melakukan puasa sunat Syawal. Alasannya, sesuatu yang sunat itu tidak boleh digabungkan dengan yang wajib kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus tidak berbelah bagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajipannya seperti kata Prof Dr Mohd ‘Uqlah. Malah, Islam menuntut untuk melakukan perkara wajib terlebih dulu dan ia lebih afdal daripada perbuatan sunat.Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tidaklah hampir kepadaku seorang hambaku dengan apa juga pun, maka yang lebih aku sukai adalah mereka melaksanakan amalan wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari).Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: Barang siapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari daripada Syawal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun).” (Hadis riwayat Al-Bukhari). Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari daripada Syawal. Penggunaan ‘fi’el madhi’ bagi perkataan puasa Ramadan menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan.Syeikh Ibnu Uthaimin berkata: “Berhubung dengan puasa enam Syawal, ia dikaitkan dengan Ramadan dan hanya boleh dilakukan selepas menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal.” (Fatawa al-Siyam).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054675 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list